Pesan Jack Ma : Lakukan Kesilapan Sebanyak Mungkin!

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Dalam dunia hari ini, untuk mengenali gaya pemikiran orang-orang hebat dalam dunia senang diperolehi. Hanya perlu kerajinan untuk membaca buku-buku karangan mereka, ceramah-ceramah yang dihadiri mereka dan ucapan mereka pada satu-satu perhimpunan.

Tidak sukar untuk menjejaki mereka pada hari ini.

Jack Ma.jpg

Sejak Ali Baba tersenarai dalam papan saham Amerika, itu menjadikan Jack Ma seorang manusia terkaya di dunia. Sejak dari tu, media akan kemana-mana mencari isi yang diperkatakan oleh beliau.

Saya suka ayat ini:

Umur 20-30 tahun, adalah waktu kita ikut sahaja apa orang lain buat. Yakni, bos kita atau apa sahaja syarikat kita lakukan. Ikut untuk faham apa yang berlaku.

Umur 30-40 tahun, adalah waktu untuk belajar buat sendiri. Fasa ini kita mungkin akan jumpa simptom ‘langgar dinding’. Buat silap dan silap. Untuk mengurangkan kesilapan, kita perlu cari mentor. Perlu ingat, kesilapan untuk buatkan diri kita lebih berpengalaman pada masa akan datang.

Umur 40-50 tahun, fokus pada apa yang kita paling ‘expert’. Waktu ini, bukan waktu cuba jaya lagi. Ini adalah waktu sebenarnya lakukan apa yang kita mahu lakukan. Pastikan kita jadi ‘leader’ dalam bidang kita lakukan.

Umur 50-60 tahun, kita perlu sedar dunia bergerak pantas. Idea baru akan muncul. Orang lama mungkin akan ketinggalan. Cara lakukan bisnes 20 tahun lalu tidak sama model bisnes hari ini. Kunci penting adalah dekati orang muda. Lantik mereka, rapati mereka jadi rakan sekerja atau ‘partner’. Idea dari mereka adalah idea masa hadapan.

Umur 61 tahun ke atas, itulah waktu berehat dengan cucu dan keluarga.

 

 

Pokoknya, proses melakukan sesuatu adalah lebih penting berbanding kemana kita mahu pergi. Hargai setiap momen perubahan berlaku dalam hidup.

Embrace the change.

 

Adib Yazid

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s