PruBSN Touch : Panduan Untuk Kali Pertama

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Apabila saya sudah berada dalam industri ini, banyak benda sebagai seorang konsultan kewangan perlu ambil tahu. Terutama apabila pelanggan hendak tahu manfaat semasa, nilai tunai semasa dan status pembayaran (seperti sudah tolak atau tidak, dapat tolak atau tidak dan penyata cukai).

Sebelum ini, hampir banyak perkara perlu bergantung pada ejen.

Sekejap ejen kena buat, sekejap kena call ejen, sekejap kena hubungi ejen.

Jika anda penyumbang Prudential BSN Takaful, sebenarnya kita sudah ada kemudahan untuk lihat dan mempunyai akses kepada informasi sijil takaful sendiri. Tambahan, ini usaha menyokong alam sekitar (green) pada masa akan datang. Apa fungsi utama untuk pelanggan adalah (buat masa ini):

  • Muat turun Annual Statement (AS) / Penyata Tahunan.
  • Muat turun Family Takaful Contribution Statement (FTCS).
  • Membayar sumbangan Takaful.

Fungsi lain akan datang, adalah boleh lihat sijil takaful sendiri. Sijil bukan dalam bentuk kertas tapi dalam bentuk digital (e-certificate). Maka, tiada sijil fizikal (dalam perancangan).

Bagaimana hendak ON kan aplikasi PruBSN Touch?

  1. Pergi ke app.prubsn.com.my/PruBSNTouch
  2. Jika tak jumpa, Google sahaja PruBSNTouch

Jika anda masih baru, ini langkah yang perlu dituruti:

  1. Masukkan maklumat tentang diri anda.
  2. Bina ‘username’ dan ‘password’.
  3. Pilih informasi sekuriti.
  4. Periksa dan pastikan pendaftaran adalah betul.

Biasa, masalah yang wujud untuk pelanggan kali pertama adalah apabila nombor telefon tidak betul. Apatah lagi bila hendak membuat bayaran, TAC hanya diberi kepada pelanggan mengikut nombor telefon yang telah didaftarkan dalam sistem / permohonan Takaful yang pertama.

Jika sudah tukar nombor telefon, pergi mana-mana branch dan maklumkan hal ini atau hubungi ejen-ejen anda.

 

Semoga aplikasi ini dapat membantu anda.

Advertisement

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s