Apa itu CP500? Ilmu Percukaian Yang Wajib Diketahui oleh Peniaga-Peniaga.

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Saya pernah dengar ada insan berseloroh,

“Dalam dunia ini, ada dua benda yang pasti. Pertama, kematian. Semua orang akan mati. Kedua, cukai. Semua orang pasti akan membayar cukai – walaupun sudah mati!”

Ya, cukai adalah isu yang sensitif dan sebagai rakyat Malaysia kita tidak boleh memandang enteng apakah itu cukai. Baru-baru ini saya telah menerima penyata CP500. Ini kali pertama dalam hidup saya, dapat penyata CP500. Saya telah hubungi pihak LHDN dan rakan ejen percukaian untuk bertanya apakah sebenarnya CP500.

Sebenarnya bayar cukai, biasanya selepas tahun taksiran itu berakhir. Contoh, kita akan membayar cukai 2016 pada tahun 2017 iaitu sekitar bulan April dan bulan Jun.

Tetapi, untuk mengelakkan bayar secara pukal (banyak) atau ‘lump sum’, seorang pekerja boleh membuat PCB iaitu pemotongan cukai berkala. Cara ini sesuai kerana pendapatan diterima seorang pekerja adalah tetap pada tarikh yang sama setiap bulan. Tahun depan, jika terlebih bayar barulah LHDN akan memulangkan dengan syarat kena ‘declare’ pendapatan tersebut.

Bagaimana dengan peniaga-peniaga? Pendapatan mereka tidak konsisten.

Biasanya selepas tahun taksiran berakhir barulah cukai akan dibayar.

CP500 adalah salah satu cara sebagaimana PCB. Peniaga-peniaga perlulah membayar cukai secara anggaran. Jika tahun 2017, LHDN akan mengeluarkan CP500 memberitahu anggaran cukai patut dibayar pada tahun ini.

Dalam laman web LHDN, CP500 telah dihuraikan dengan jelas. (LHDN)

Pembayar cukai yang mempunyai sumber pendapatan selain daripada penggajian seperti perniagaan, sewa dan royalti dikehendaki membuat bayaran ansuran setiap dua bulan sekali sehingga enam kali ansuran mulai daripada bulan Mac setiap tahun. 

Amaun ansuran akan dianggarkan oleh LHDN dan akan dihantar kepada pembayar cukai pada setiap awal tahun mengunakan notis ansuran CP500. Pembayar cukai dikehendaki membuat bayaran mengikut tarikh dan jumlah bayaran ansuran seperti yang ditetapkan di dalam notis CP500 tersebut. Bagi individu yang tidak menerima pada penghujung bulan Februari setiap tahun, boleh membuat semakan pengeluaran CP500 di cawangan LHDNM yang mengendalikan fail tuan atau hubungi  Hasil Care Line di talian tanpa tol 1-800-88-5436 (LHDN).

Pembayar cukai yang menerima notis ansuran CP500 dan tidak bersetuju dengan amaun yang ditetapkan, mereka boleh memohon untuk membuat pindaan arahan bayaran ansuran tersebut melalui Borang CP502. Borang CP502 kebiasaanya dilampirkan bersama notis CP500 yang telah dihantar kepada pembayar cukai. Permohonan pindaan bayaran ansuran ini hendaklah dibuat tidak lewat dari 30 Jun bagi tahun yang berkaitan.

Semakan terhadap jumlah ansuran yang telah dibayar dan amaun cukai kena di bayar, tidak termasuk cukai untuk pendapatan pengajian, jika ada.Sekiranya ansuran tidak mencukupi, jumlah yang terkurang perlu dibayar semasa penghantaran BNCP pada tahun berikutnya.Sekiranya jumlah ansuran dibayar melebihi jumlah cukai kena dbayar, pembayar cukai boleh membuat tuntutan bayaran balik di atas lebihan bayaran itu.

Bagi saya, cara ini memudahkan saya kelak. Saya tidak perlu membayar wang yang banyak (lump sum payment). Berat nak keluarkan RM5,000 sekaligus! Lebih baik secara ansuran.

Penyata CP500 AdibYazid 001.jpg

Ini adalah contoh penyata CP500 yang akan dihantar ke rumah. Saya telah terima pada bulan Januari.

Penyata CP500 AdibYazid 002.jpg

Pemberitahuan jika jumlah ansuran tidak memuaskan hati kita, boleh buat pindaan. Saya cadangkan, ikut sahaja apa yang telah diminta. Mana tahu, jika kita kurangkan boleh jadi pihak mereka nak audit pula.

Penyata CP500 AdibYazid 003.jpg

Jumlah patut bayar, biasanya ansuran adalah setiap 2 bulan sekali sehingga awal Januari tahun hadapan.

Penyata CP500 AdibYazid 004.jpg

Ini adalah slip pengiriman bayaran jika mahu membuat bayaran secara kiriman. Sekarang ada kemudahan untuk bayar secara ‘online’.

Penyata CP500 AdibYazid 005.jpg

Ini adalah kira-kira jika kita lewat membayar CP500 ini pada tarikh sepatutnya dibayar. Sebaiknya, letaklah ‘alarm’ dalam telefon bimbit untuk mengingatkan kita tarikh bayar cukai. Lupa hari lahir isteri tidak mengapa, tetapi jangan sesekali lupa tarikh bayar cukai.

 

Penyata CP500 AdibYazid 006.jpg

Ini adalah CP502, untuk individu yang mahu buat pindaan amaun ansuran CP500 yang dianggarkan sebelum ini. Mana tahu, ada yang nak bayar lebih.

 

Kepada kawan-kawan yang mempunyai pendapatan komisyen itu (seperti ejen hartanah, takaful, insuran, amanah saham) bersiap sedialah untuk membayar cukai. Binalah entiti bisnes untuk menikmati perancangan cukai yang lebih baik.

Jom jadi hero negara!

 

 

Advertisement

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s