Assalamualaikum dan selamat pagi.
Sebelum ini saya telah terangkan apa itu CP500. Memang cara bayaran ditawarkan adalah kiriman wang. Tetapi, kiriman wang? Hari ini kita ada opsyen lebih mudah dengan menggunakan perkhidmatan internet – bayaran secara ‘online’.
Pertama, bukalah log in Maybank2u dan pilih pembayaran cukai.
Kedua, pilih nak bayar pada siapa. Anda kena tahu, samada anda membayar kepada LHDN Semenanjung, LHDN Sabah atau LHDN Sarawak.
Ketiga, masukkan pula nombor Tax. Untuk tahu mengenai ini, anda perlulah tanya kepada pihak LHDN ataupun melalui CP500. Ada maklumat mengenai nombor cukai.
Keempat, pilih tujuan pembayaran. Dengan kata lain, pilih kod pembayaran. Jika untuk membayar cukai untuk penyata CP500, hanya perlu pilih kod pembayaran 084. (Kod pembayaran ansuran cukai)
Kelima, pilih ansuran ke berapa. Jika kali pertama tulis 1. Jika dua, pilih 2.
Keenam, request TAC macam biasa.
Ketujuh, Â segalanya selesai.
Jangan lupa, simpan resit. Sebaiknya print out secara fizikal.
Buat satu fail untuk percukaian.
Selamat membayar cukai.