INFO GRAFIK : Kepentingan Hibah Bersyarat dalam Pengurusan Harta Pusaka

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Perkembangan pengetahuan ilmu kewangan kendiri, perlulah disentuh secara holistik dimana bukan sahaja tertumpu beberapa sub topik seperti pelaburan atau takaful sahaja malah sehingga pengurusan harta pusaka.

Boleh dikatakan, hari ini ‘agency force’ atau pergerakan ejen itu sendiri mempromosikan idea pengurusan harta pusaka menjadi satu asbab ramai membuka mata.

Ilmu pengurusan harta pusaka adalah ilmu yang besar skopnya. Malah dalam realitinya prosesnya (jika tanpa pengurusan yang efisien seperti wasiat bertulis) boleh menjadi rumit dan makan masa yang sangat lama.

Faham Pengurusan Harta Pusaka dalam Masa 5 minit

Pengurusan Harta Pusaka.jpg

Seperti sedia maklum, jika seseorang itu meninggal dunia secara tak langsung apa sahaja aset-aset yang dimiliki (atas nama beliau) terus beku.

Apabila ini berlaku, aset-aset tersebut perlu dicairkan supaya barulah boleh diagihkan kepada waris. Proses ini tertakluk jika ada melakukan wasiat ataupun tidak. Jika ada melakukan wasiat, proses ini lebih mudah. Jika tidak ada wasiat, proses ini lebih rumit. Perlu lantik pentadbir, perlu ada persetujuan, perlu lantikan penjamin (surerity) kemudian barulah harta itu dicairkan.

Sudah tentu proses ini memerlukan kos, terutama kos guaman.

Selepas aset-aset itu sudah dicairkan, bukan terus diberi kepada si waris. Proses pembahagian harta pusaka ini perlulah melalui tertib-tertib pengurusan harta pusaka terlebih dahulu.

Pertama, perbelanjaan pengurusan jenazah. Mana tahu kalau ada pakai duit orang lain dulu, dia nak tuntut. Untuk lebih efisien, mencarumlah di tabung khairat kematian kariah surau-surau dan masjid.

Kedua, segala hutang-piutang perlulah diselesaikan terlebih dahulu. Ini adalah saranan sebagai seorang Muslim menyelesaikan hutang sebelum mati. Ruang ini menyebabkan baki harta pusaka itu menjadi sedikit.

Ketiga, jika ketika hidup ada cukai dan zakat tertangguh yang masih belum dibayar – perlulah dilunaskan sebaik-baiknya. Jika si mati belum lagi menunaikan haji, sebaiknya segerakan badal haji terlebih dahulu.

Keempat, jika si mati meninggalkan isteri, isteri tersebut boleh melakukan tuntutan harta sepencarian berdasarkan baki harta ditinggalkan. Dalam Islam, tuntutan harta sepencarian tiada tetapi berdasarkan uruf (adat), budaya di Malaysia seorang isteri layak menuntut harta sepencarian maka dibenarkan (selagi tidak berlanggar dengan syarak). Nilai bahagian tertakluk jawapan hakim, 50% adalah maksima tuntuan daripada jumlah baki harta si mati.

Kelima, wasiat. Wasiat boleh dilaksanakan 100 peratus mengikut apa yang dikehendaki oleh si mati ketika hidup. Tetapi perlulah ada persetujuan kesemua waris. Jika tidak bersetuju, hanya 1/3 daripada jumlah harta dibenarkan untuk si mati dibelanjakan untuk bukan waris. Sebaik-baiknya, tulislah wasiat untuk kesenangan pengurusan harta pusaka.

Keenam, selepas harta ditolak nombor 1, 2, 3, 4 dan 5 – baki harta inilah yang perlu dibahagikan mengikut Faraid. Jika isteri mempunyai anak, bahagiannya 1/8. Berapakah nilai yang diperolehi isteri dan anak-anak?

Sebab itu galakan untuk mempunyai hibah bersyarat dalam Takaful. Apabila berlaku kematian, keluarga atau benefisiari boleh membuat tuntutan jumlah wang ini. Dengan duit ini, bolehlah:

  • Meneruskan kelansungan hidup keluarga si mati (benefisiari) sementara proses pengurusan harta pusaka dari aset beku ke cair yang makan masa yang lama.
  • Membiayai pengurusan harta pusaka dimana banyak caj-caj guaman yang perlu ketika proses ini.
  • Mempunyai aset yang ‘high liquidity’ berbentuk wang, untuk memudahkan pengurusan harta pusaka berbentuk aset tidak cair seperti rumah.
  • Memastikan ahli keluarga yang ditinggalkan dapat lebih untuk kesenangan hidup akan datang, kerana melalui hibah bersyarat adalah ‘creditor proof’.
  • Memudahkan pembahagian harta pusaka kepada yang tiada talian darah seperti anak angkat.

 

Hibah bersyarat dalam Takaful, tidak sesekali dikatakan lebih baik daripada Faraid.

Faraid hadir melalui kalam Allah, sudah semestinya segala yang baik daripada-Nya. Hibah bersyarat dalam Takaful adalah alat alternatif lain untuk memudahkan proses pengurusan harta pusaka pada masa akan datang.

Sudahkah anda ber-hibah bersyarat ini?

 

Nota: Hibah bersyarat adalah konsep yang boleh difahami melalui Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, Jadual 10. Hibah bersyarat ini berbeza sedikit daripada konsep Hibah sepatutnya.

Advertisement

2 Comments

  1. Mohammad Irwan Adnan says:

    Assalamualaikum

    Boleh saya mohon untuk gunakan ilustrasi pengurusan harta pusaka yang tuan letak dalam artikel ini untuk saya masukkan dalam sales presentation saya tuan? Saya akan tulis kredit kepada tuan dalam slaid presentation tersebut. Jika boleh saya nak petik juga serba sedikit mengenai apa yang tuan tulis dalam artikel tuan.. mungkin konsep sahaja dan bukan word by word. Saya harap dapat maklum balas segera dari pihak tuan.

    Like

    1. Adib Yazid says:

      Waalaikumsalam. Kreditkan ke nama blog saya, adibyazid.com

      Like

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s