Assalamualaikum dan selamat pagi.
Kalau sebut nama ‘introvert’, boleh sahaja Google. Rata-rata memberi persepsi yang kurang baik. Ada yang mengatakan seorang ‘introvert’ tidak pandai bersosial, lebih menyendiri, psiko, suka berahsia dan suka duduk rumah.
Prasangka ini ada benarnya, tetapi ada cerita sebaliknya.
Seorang ‘introvert’ adalah seorang yang pandai menggunakan energi pada saluran yang betul sahaja. Mereka bukan membazirkan masa dan tenaga untuk semua perkara, tetapi hanya perkara yang benar memberi impak dalam kehidupan mereka. Atas sebab itu, mereka tidak nampak sangat beremosi. Apabila sesi memberi idea, mereka lebih melihat idea orang lain dan dari situ proses pemikiran akan bercambah.
Bila berada dalam kelompok yang ramai, keadaan itu membuatkan mereka cepat penat sebab banyak perkara untuk mereka terlibat. Sebab itu perbualan dengan ‘introvert’ tidak berlaku dalam suasana yang ramai orang. Hanya dua tiga orang dalam perbualan tersebut.
Berbeza dengan ‘extrovert’ dimana, mereka lebih suka berada di khalayak ramai, melakukan aktiviti secara beramai-ramai, tempat seperti konsert, membeli belah – itu seronok bagi seorang ‘extrovert’.
Oleh itu, seorang ‘introvert’ amat sesuai untuk melakukan kerja-kerja ‘freelance’ yang tidak memerlukan interaksi dengan ramai orang.
Kerja Seorang Introvert
Seorang ‘introvert’ memang suka berada dalam situasi keseorangan. Malah, apabila tugasan itu perlu dilaksanakan dengan lebih baik, maka lebih banyak situasi ‘menyendiri’.
Seorang ‘introvert’ boleh melakukan proses ‘brainstorming’ secara sendiri, merancang draf-draf perjalanan projek dan boleh menyampaikan kepada pihak tertentu, tanpa bantuan orang lain. Seorang ‘introvert’ tidak memerlukan sambut balas daripada rakan mereka tentang kerja yang mereka lakukan. Mereka lebih kepada ‘self motivated’.
Seorang ‘introvert’ tidak kisah ditinggalkan lama oleh rakan mereka di rumah. Jika bekerja, gangguan seperti pasang lagu boleh jadi benda paling ‘stress’ untuk mereka.
Introvert: Skil Mendengar Paling Hebat
Ada kajian mengatakan bahawa seorang ‘introvert’ boleh membaca mimik atau ekspresi muka. Sebab itu mereka digelar psiko oleh sesiapa yang tak faham. Mereka melakukan demikian untuk membantu mereka ketika berbulan.
Jika kita mampu membaca secara rahsia segala emosi daripada mimik muka dan lenggok badan, kita boleh faham tentang kerisauan, impian dan boleh membentangkan sesuatu mengikut kepercayaan orang yang telah mereka teliti.
Itu baru skil melihat.
Individu ‘introvert’ adalah seorang yang sangat mahir mendengar. Apabila mereka membuat perbincangan dengan pelanggan, mereka lebih mendengar dengan menanyakan soalan-soalan lebih mendalam, supaya mereka lebih faham tingkahlaku pelanggan mereka.
Dari situ barulah mereka boleh faham apa yang pelanggan mahukan daripada mereka. Oleh itu, ada yang berpendapat seorang ‘introvert’ boleh menjadi penjual yang mahir dalam senyap.
Media Sosial : Alat Penting Bagi Seorang Introvert
Teknologi hari ini memberikan sesuatu yang baik kepada golongan ‘introvert’. Dari segi kaedah promosi dan pemasaran dan gaya berkomunikasi, media sosial adalah platform mereka berlatih.
Seorang ‘introvert’ boleh memilih bila dan dimana mereka mahu berkomunikasi.
Sebagai contoh, jika mahu menarik pengikut dengan cara informal – gunalah Twitter. Jika mahu membina rangkaian professional, gunakanlah LinkedIn. Jia mahu lebih dekat dengan orang ramai, Facebook atau Instagram adalah medium yang mereka mahukan.
Seorang ‘introvert’ memberi sesuatu dalam media sosial bukan mengharapkan pulangan akan datang, cuma hanya mahu mencari titik persamaan diri mereka seorang ‘introvert’ dengan masyarakat luar.
Introvert Bijak Dalam Mempromosikan Diri Sendiri
Seorang ‘introvert’ perlu bijak dalam teknik pemasaran online gaya ‘introvert’ dalam memasarkan produk dan servis. Ini antara beberapa langkah yang perlu diambil.
#1. Tukar Ayat. Jika masih tak gemar dengan ‘hard selling’, tukar konsep pemasaran. Tukar konsep pemasaran untuk kumpul database, tetapi tukar kepada ‘bina komuniti’ atau ‘network’ yang membantu orang lain dengan cara memberi sokongan kepada orang lain.
#2. Pilih tempat yang betul. Tak perlu untuk melakukan proses ‘prospecting’ di sesi seminar yang ramai orang atau kedai mamak yang bising. Tukar tempat kepada tempat senyap seperti kafe-kafe kecil, misalnya Coffee Beans.
#3. Gunakan online sebagai bantuan. Pilih saluran media sosial yang benar kita suka dan sesuai dengan konsep pemasaran kita.
#4. Bina website, itu ruang kita bercakap. Website kita bina perlulah memberitahu apa jenis produk/servis kita sediakan, pengalaman dan bagaimana boleh bantu pelanggan menyelesaikan masalah.
#5. Sentiasa rancang masa untuk ‘recharge’. Sebagai seorang ‘introvert’ berada di kelompok ramai orang membuatkan diri cepat penat. Jangan jadikan 24 jam sehari dengan perjumpaan. Letak ruang antara masa, masa untuk bersendiri (the me time). Contoh lain, tidak akan menerima panggilan atau membalas ’email’ selepas pukul 8 malam.
(Bacaan merujuk kepada penulisan John Rampton, Why Freelancing is Perfect for Introverts)
Ada beberapa client website kami pun Introvert. Sales kencang, bila jumpa luar pemalu orangnyer. Heheh introvert biasanya jadi extrovert kat dunia maya
LikeLike