Perkara Lain Perlu Tahu Selain Hibah Bersyarat (“Asyik Hibah Je Promote!”)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah, pencerahan tentang pengurusan harta pusaka di kalangan masyarakat boleh dikatakan semakin sehari, membuka minda. Selain hibah bersyarat dan Faraid, ada lagi perkara perlu tahu tentang ‘alat-alat’ untuk mencairkan harta pusaka.

Does-Your-Business-Need-A-Buy-Sell-Agreement.jpg

#1. Pemberian Amanah

Amanah adalah salah satu perjanjian guaman dengan cara sesuatu harta (property) pemberian oleh seseorang (testator) kepada satu pihak yang dipercayai (trustee) untuk manfaat orang yang hendak diberi (benefisiari).

#2. Penamaan untuk insuran.

Sebelum hadirnya takaful di Malaysia dan untuk orang Muslim, penamaan dalam insuran adalah salah satu instrumen untuk pemberian wang pampasan kepada benefisiari. Melalui penamaan ini, wang pampasan akan diberi kepada penerima. Setelah wujudnya takaful yang menggunakan hibah bersyarat, penamaan ini sebagai ‘wasi’ sahaja dan masih tertakluk dibawah pengagihan Faraid.

#3. Penamaan untuk KWSP.

Seperti insuran, penamaan ini adalah melantik seseorang untuk menerima segala duit dalam Kumpulan Wang Simpanan Persaraaan apabila berlaku kematian. Untuk Muslim, masih tertakluk pengagihan Faraid. Oleh itu, penerima yang menerima duit KWSP ini tidak boleh senang wenang membelanjakan harta ini.

#4. Wasiat / Will

Wasiat adalah salah satu deklarasi dibuat sebelum kematian, sebagai niat diri beliau sendiri membuat pengagihan harta-hartanya apabila berlaku kematian. Sebagai seorang Muslim, memang boleh melakukan wasiat untuk keseluruhan harta tetapi dengan syarat setiap waris perlulah setuju dengan kedudukan dan kandungan wasiat tersebut. Jika tidak, hanya satu per tiga sahaja dibenarkan pengagihan melalui wasiat.

#5. Business Buy-Sell Contract / Kontrak Beli & Jual Bisnes

Ini adalah perjanjian bisnes yang berlaku jika salah satu ahli perkongsian bisnes meninggal dunia. Jika berlaku situasi meninggal dunia, si mati bersetuju dengan menjual bahagian syer syarikat tersebut kepada ahli perkongsian yang masih hidup dengan peratus tertentu yang telah dipersetujui semasa hidup.

Ini maksud menurut Investopedia;

A buy and sell agreement is an approach used by sole proprietorshipspartnerships and closed corporations to divide the business share or interest of a proprietor, partner, or shareholder. The owner of the business interest being considered has to be disabled, deceased, retired or expressed interest in selling. The buy and sell agreement requires that the business share is sold according to a predetermined formula to the company or the remaining members of the business. Before the interest of a deceased partner can be sold to the company or remaining partners, the deceased’s estate must agree to sell. 

#6. Power Of Attorney / Surat Kuasa

Ini adalah salah satu instrumen guaman dimana seorang individu memberi autoriti tertentu (bergantung pada syarat diberi) kepada orang lain untuk bertindak sebagai individu tersebut. Ini banyak dilakukan oleh masyarakat dalam soal membeli rumah, dimana kuasa untuk membuat rundingan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) diberi kepada seorang peguam.

 

Sebenarnya banyak lagi instrumen yang boleh dipakai untuk urusan harta pusaka. Sebagai seorang Muslim perlulah mendalami ilmu Faraid terlebih dahulu, kerana ianya wujud dalam Al-Quran untuk tempoh lamanya.

Waallahualam.

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s