Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Karektor dan tabiat berbelanja sesuatu masyarakat boleh dinilai dengan apakah barangan yang mereka berbelanja. Di Malaysia, dikhabarkan generasi muda hari ini tidak kisah untuk berbelanja mewah seperti minum di Starbucks, menaiki kereta mewah dan bercuti sakan – kerana itu adalah gaya hidup yang mereka perlukan.
Dalam soal kewangan, menjadi satu perbincangan adakah generasi muda di Malaysia masih berkira-kira tentang soal merancang kewangan ataupun sudah menerima idea pengurusan kewangan peribadi yang mapan sebagai persediaan 5, 10 atau 20 tahun akan datang.
Hari ini, pelbagai perkara sudah kita boleh ‘leverage’ kan kepada orang lain. Jika kita malas memandu, kita boleh guna aplikasi Grab ataupun Uber. Jika kita malas hendak ‘shopping’, boleh sahaja guna khidmat penghantaran barang ke rumah atau ‘personal shopper’.
Trend ini, bukan sahaja pada pasaran individu tetapi juga dalam sektor pengurusan bisnes. Sebuah entiti bisnes tidak perlu membuka jabatan Human Resource Department yang baik dan perlu dibayar gaji. Hanya boleh gunakan khidmat pihak ketiga untuk mencari pekerja terbaik untuk mereka. Rata-rata, bisnes entiti tidak memerlukan juruaudit ataupun akauntan. Hanya gunakan konsultan perakaunan untuk urusan sedemikan.
Ini juga berlaku bab soal pengurusan kewangan peribadi.
Di Malaysia, Financial Advisor ataupun Financial Planner adalah entiti yang membantu sesiapa yang hendak menguruskan kewangan mereka. Peranan ini sebenarnya telah dikuatkan dalam FSA 2013 dan IFSA 2013. Sekarang, ini adalah revolusi dalam industri kewangan pada masa akan datang.
Cabaran pada masa kini, seorang Financial Planner ataupun Financial Advisor adalah adakah rakyat Malaysia sanggup membayar yuran atau caj dikenakan untuk mendapatkan khidmat mereka?
Kerja mereka adalah kerja professional, seperti doktor dan peguam yang mengenakan caj bayaran untuk khidmat konsultansi dan nasihat. Harga ubat dan caj kerja pula berlainan.
Semua ini tentang masa.
Buat masa sekarang, ada golongan sanggup membayar caj kepada seorang Financial Planner ataupun Financial Advisor asalkan hasilnya mampu memperbetulkan kewangan mereka.
It’s all about time.
Adib Yazid