Penamaan dalam Insuran & Takaful – Adakah Keduanya Sama?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Apabila mempunyai insuran ataupun takaful, perkara perlu diketahui oleh pemegang polisi atau penyumbang takaful adalah penamaan. Apa itu penamaan?

Penamaan adalah memberi kuasa seorang pemunya polisi / takaful kepada seseorang yang untuk menerima segala manfaat pampasan kematian jika berlaku kematian kepada pemunya. Seorang pemunya polisi / takaful boleh melakukan penamaan apabila umurnya sudah 16 tahun dan boleh menamakan seseorang yang sudah berumur 18 tahun dan saksi juga perlu berumur 18 tahun.

Ini adalah perkara perlu tahu selepas Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan Akta Perkhidmatan Islam 2013 yang telah diperkenalkan sejak 30hb Jun 2013 sebagai ganti kepada Akta Insuran 1996 dan Akta Takaful 1984.

Penamaan perlu dilakukan sebagai cara mempercepatkan pembayaran tuntutan kepada penama yang disebut. Jika tidak meletakkan penama, proses akan lebih rumit dan makan masa yang lama. Penamaan sebaiknya dilakukan bila kita memohon insuran / takaful. Boleh juga dibuat kemudian, selagi kita masih hidup dan polisi / takaful kita masih hidup dengan melakukan endorsement.

Proses penamaan ini sebenarnya mudah, hanya gunakan borang-borang daripada syarikat insuran / takaful.

Penamaan Insuran Penamaan Takaful.png

Penamaan dalam Insuran & Penamaan dalam Takaful

Apabila kita membeli insuran, ianya tertakluk kepada Akta Perkhidmatan Kewangan 2013. Jika takaful, ianya bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013. Isunya di sini, proses penamaannya juga berbeza. Tetapi bagi seorang Muslim, soal Faraid perlu tahu. Kedua-dua akta ini membincangkan tentang penamaan panjang lebar dalam Jadual 10.

Dalam penamaan insuran, jika meletakkan penama kita perlu tahu dua perkara ini;

  • Statuatory Trust (ST)
  • Non Statuatory Trust (NST)

Manakala jika tidak meletakkan penama, perlu tahu dua perkara ini juga;

  • Will (wasiat)
  • No Will (tiada wasiat)

Menurut akta ini, hanya pemegang dan pemunya polisi yang dilindungi sahaja dibenarkan untuk membuat penamaan. Maksudnya, jika polisi / takaful kanak-kanak, secara automatik akan jatuh pada pemunya polisi kerana orang yang dilindungi adalah berbeza.

Tambahan, hanya manfaat kematian sahaja akan diberi melalui penamaan. Manfaat hidup seperti kad medikal, manfaat lumpuh tidak akan diberi melalui penamaan. Akta ini juga memberitahu apabila penamaan sudah dilakukan, pihak insuran / takaful perlu membayar pampasan mengikut penamaan yang sudah dilakukan.

 

Statuatory Trust & Non Statuatory Trust

Kalau hendak membincangkan apakah kedua-duanya, boleh dikatakan agak rumit. Sebenarnya ini untuk aplikasi jika seorang bukan Muslim mengambil insuran (bukan takaful). Jika seorang Muslim mengambil insuran, masih tertakluk kepada non statuatory trust seterusnya ilmu Faraid perlu diambil tahu.

Untuk lebih senang, jika penama itu adalah anak dan isteri itu adalah Statuatory Trust. Pampasan akan diberi sebagai penerima – benefisiari. Jika tiada anak dan isteri, ibu bapa akan bertindak sebagai benefisiari.

Selain anak dan isteri, pampasan akan diberi kepada penama sebagai pelaksana (executor). Jika beri kepada ibu dan bapa sedangkan isteri dan anak masih ada, itu juga jatuh sebagai pelaksana.

Apa beza menerima sebagai benefisiari dan pelaksana? Banyak beza. Jika menerima sebagai benefisiari, duit pampasan adalah ‘creditor proof’ iaitu tidak boleh menyelesaikan hutang-hutang si mati. Jika pelaksana, perlulah diselesaikan di bawah hutang, bakinya barulah boleh diterima. Maksudnya, menerima sebagai benefisiari adalah ‘absolute’.

 

Peranan Trustee (Pemegang Amanah) dalam Polisi Insuran

Dalam insuran, penamaan akan diikuti oleh Trustee iaitu pemegang amanah. Tugasnya untuk melindungi penama, jika berlaku penukaran penama, penambahan penama atau pengeluaran manfaat dan juga penutupan polisi.

Untuk tukar nama, perlulah kebenaran pemegang amanah (consent).

Perlu diingatkan segala Will (wasiat) tidak boleh melebihi kuasa penamaan. Tambahan, jika meletakkan contohnya 3 penama dan salah seorang penama telah meninggal dunia, pampasan perlulah dibahagikan dengan kadar kiraan.

  1. Ah Cong: 50%
  2. Ah Meng: 25%
  3. Ah Lok: 25%

Dalam kes ini, Ah Lok telah meninggal dunia sama dengan pemunya polisi. Jadinya, bahagian Ah Cong adalah 50/75 dan bahagian Ah Meng adalah 25/75.

 

Tiada Penamaan

Jika ada penamaan, proses pemberian pampasan ini lebih mudah. Di mana hanya perlu Grant of Probate sahaja. Dapat ini sahaja sudah boleh dibahagikan Tetapi jika tiada penama, perlu dokumen Letter of Administration (LA). Selepas itu barulah dibahagikan melalui Distribution Order (Distribution Act). Jangan tanya LA ini berapa lama. Boleh lebih daripada 6 bulan.

Akta Distribution Act.jpg

(ini hanya untuk bukan Muslim, jika Muslim perlulah rujuk pada Faraid)

Penamaan Bertukar Ganti

Penamaan bertukar ganti adalah seperti seorang anak menamakan bapanya sebagai penama, manakala bapanya pula menama anak sebagai penama. Keduanya terlibat dalam satu kematian yang sama. Bagaimana hendak tahu siapa mati dahulu dan bagaimana hendak membahagikan harta?

Mengikut Presumption of Survivorship Act 1950, dalam isu begini perlu lihat siapa yang lebih tua. Yang berumur dianggap mati dahulu dan isu pembahagian bermula di sini.

Penamaan Dalam Takaful : Hibah Bersyarat & Wasi

Penamaan dalam takaful lebih senang dan ‘straight’ berbanding penamaan insuran konvensional. Ada dua opsyen, iaitu sebagai Wasi, bertindak sebagai pelaksana. Satu lagi, adalah hibah bersyarat sebagai Benefisiari. Jika menerima sebagai Wasi, perlu diselesaikan mengikut tertib pembahagian harta pusaka, selesaikan hutang dan membahagikan mengikut Faraid.

Proses pengubahsuaian tidak serumit insuran dimana tidak memerlukan kebenaran pihak lain.

Di sini ada peranan Hibah Bersyarat yang penting, iaitu sebagai Benefisiari. Seorang bukan Muslim boleh ambil takaful dan memilih penamaan Hibah Bersyarat untuk lebih ‘direct’ kepada penama yang kita mahukan.

Adib Yazid

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s