Insuran Perjalanan (Travel Insurance) : Tip, Cerita & Info Yang Kita Perlu Tahu Sebelum Melancong

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

‘Saya sudah ada kad medikal, saya rasa tak perlu travel insurance.’

‘Alaaa, pergi sekejap je melancong. Tak perlu rasanya travel insurance.’

Ini adalah beberapa ungkapan dan pandangan seseorang terhadapan insuran perjalanan. Insuran perjalanan dan insuran perubatan adalah dua perkara berbeza. Memang dalam insuran perubatan ada juga memberi manfaat luar negara, tetapi insuran perjalanan banyak risiko boleh kita lindungi.

the-best-travel-websites-in-the-world-1200x800.jpg

Gambar sumber: Forbes / Google

Menurut Info Insuran;

Insurans perjalanan lazimnya terhad kepada tempoh perjalanan anda. Walau bagaimanapun, sesetengah syarikat insurans menawarkan kombinasi beberapa perlindungan yang dapat memenuhi keperluan tertentu pengguna, termasuklah polisi tahunan jangka panjang untuk mereka yang sering melancong.

Insurans perjalanan boleh dibeli untuk anda dan keluarga untuk memberi perlindungan terhadap kemalangan, kerugian dan gangguan semasa perjalanan seperti:

  • Kemalangan diri
  • Belanja perubatan dan yang berkaitan
  • Kehilangan deposit perjalanan dan pemendekkan perjalanan
  • Kehilangan bagasi, barang-barang kepunyaan peribadi dan wang
  • Kehilangan passport
  • Liabiliti diri
  • Kelewatan bagasi
  • Kelewatan perjalanan
  • Rampasan kenderaan perjalanan
  • Penghantaran pulang jenazah

Walaupun anda dilindungi insurans perjalanan, anda hendaklah mengambil tindakan yang munasabah untuk melindungi, menyelamat dan memperolehi semula barang anda yang telah hilang ataupun rosak. Anda juga dinasihatkan agar menghubungi talian perkhidmatan kecemasan sekiranya anda memerlukan bantuan segera, memberitahu pihak berkuasa kawasan tersebut dan syarikat insurans secepat yang mungkin.

Bawah ini saya selitkan beberapa info tentang cerita insuran perjalanan.

Saya telah mempunyai pengalaman menggunakan AXA Travel Insurance apabila saya pergi ke Los Angeles tahun 2015. Saya terkandas di lapangan terbang Taiwan hampir 12 jam menyebabkan jadual perjalanan saya berubah dan rugi sehari berada di Amerika Syarikat.

Ini adalah contoh pelan AXA yang ditawarkan, saya telah memilih pelan VIP berbanding Classic.

Manfaat yang ditawarkan oleh AXA Travel Insurance

Kalau hendak memohon, maklumat yang perlu kita tahu adalah;

  1. Nama penuh mengikut kad pengenalan.
  2. Nombor kad pengenalan
  3. Tarikh pergi ke destinasi.
  4. Tarikh pulang dari destinasi.
  5. Nama destinasi (negara).
  6. Nama salah seorang waris dan nombor telefon, jika perlu.
  7. Alamat surat menyurat di Malaysia.
  8. Alamat emel.
  9. Nombor telefon.
  10. Bayaran, pelan VIP atau Classic.

Mudah bukan?

Sebaiknya rancanglah perjalanan kita, urus risiko supaya melancon dengan tenang.

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s