Bilangan Financial Advisor Di Malaysia – Angka Semakin Meningkat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Banyak post saya telah ceritakan tentang Financial Advisor dan peranan mereka dalam perkembangan dunia pengurusan kewangan peribadi. Malah saya juga telah tekankan peranan berbeza berbanding ejen-ejen yang bernaung di bawah sebuah syarikat sahaja.

Sehubungan itu, ada beberapa ejen telah menghubungi saya tentang Financial Advisor (FA).

Berapa bilangan FA di Malaysia buat masa kini?

 

Bilangan FAR FPR Ejen.png

 

Ini adalah laporan yang telah dikeluarkan oleh Securities Commission, Bank Negara & Federation of Investment Managers Malaysia. Saya juga mencari angka terkini iaitu tahun 2017. Tetapi saya masih belum jumpa.

Paling terkini adalah maklumat bilangan FA di Malaysia pada 31 Disember 2016. Ketika saya cari, saya pula terjumpa bilangan FA pada tarikh 6 April 2012. Agak terkejut kerana peningkatan angka tersebut agak memberangsangkan.

Sebelum saya pergi lanjut, boleh muat turun senarai Financial Advisor yang telah di-‘approved’ oleh Bank Negara.

Kalau diikutkan ‘timeline’;

  • Tahun 2012, hanya 215 orang.
  • Tahun 2014, hanya 484 orang.
  • Tahun 2016, hanya 578 orang.

2012 ke tahun 2014, peningkatan sebanyak 125%, manakala dari tahun 2014 ke tahun 2016 adalah 20%. Boleh dikatakan bilangan ini masih sedikit berbanding dengan bilangan rakyat Malaysia dan ejen insuran/takaful.

Manakala, bilangan peratusan orang Bumiputera berada dalam senarai 578 orang ini masih sedikit – hanya 42 orang sahaja (ikut perkiraan mata saya sendiri). Kalau dibilang dalam bentuk peratusan, hanya 7.3% sahaja.

FAR Islamik hanya lebih kurang 70 orang daripada jumlah keseluruhan 578 orang. Daripada 70 orang mempunyai FAR Islamik ini, lebih kurang 20 orang sahaja Bumiputera.

Bermaksud hanya tidak sampai 4 peratus adalah Bumiputera dan mempunyai FAR Islamik!

Semoga ramai lagi orang Islam itu sendiri yang mempunyai FAR Islamik untuk menampung permintaan kewangan Islam untuk orang Islam.

 

Insha Allah.

Adib Yazid

 

Advertisement

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s