Status Pampasan Insuran Konvensional Selepa Kematian Pembeli Polisi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Kesedaran tentang kewangan Islam berbanding kewangan konvensional, alhamdulillah sedikit sedikit dapat dididik dalam masyarakat Islam di Malaysia. Usaha ini sebenarnya perlulah berterusan sehinggalah kesemua rakyat Malaysia beragama Islam hanya menggunakan produk kewangan Islam sahaja.

 

Polisi Insuran Konvensional : Wang Pampasan

Saya pernah ditanya apakah status pampasan duit seperti RM100,000 atau RM200,000 yang diperolehi daripada insuran konvensional.

Jawapannya, saya perolehi daripada Portal Raswi Fatwa Malaysia dan daripada rakan-rakan ustaz lain. Boleh rujuk di bawah ini, konten tentang fatwa berikut.

Fatwa Pampasan Insuran Konvensional

 

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-94 yang bersidang pada 20 -22 April 2011 telah membincangkan Status Pampasan Polisi Insurans Konvensional Selepas Kematian Pembeli Polisi. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:

Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa insurans konvensional adalah suatu muamalah yang tidak patuh syariah kerana mempunyai elemen-elemen yang bercanggah dengan prinsip teras Islam.

 Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa pampasan polisi insurans konvensional yang diterima oleh ahli waris adalah dikira sebagai harta tidak patuh syariah.

 Dalam hal ini, jumlah bayaran pokok pembeli polisi ketika hayat sahaja dikategorikan sebagai harta peninggalan si mati yang perlu diagihkan secara sistem faraid. Manakala baki pampasan polisi insurans konvensional tersebut tidak boleh diwarisi oleh ahli waris secara sistem faraid serta wajib dilupuskan dengan diserahkan sama ada kepada pihak Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri-Negeri atau didermakan untuk tujuan kebajikan termasuklah kepada golongan fakir dan miskin.

Jika terdapat ahli waris pembeli polisi, contohnya isteri atau anak-anak pembeli polisi dikategorikan sebagai golongan fakir dan miskin, maka hukumnya adalah harus bagi ahli waris tersebut untuk mengambil wang pampasan polisi insurans konvensional tersebut dengan jumlah sekadar keperluan sebagai fakir dan miskin setelah disahkan oleh pihak berkuasa atau Jawatankuasa Kariah kawasan berkenaan. Baki wang pampasan polisi tersebut perlulah dilupuskan mengikut cara yang telah dinyatakan dalam perkara (iii) di atas.

Sumber JAKIM – Fatwa Kebangsaan

Advertisement

1 Comment

  1. Harris says:

    Saya bukan ejen insurans (Mungkin satu hari nanti). Tp saya suka membaca tulisan saudara. Saudara konsisten dan kerap menyampaikan ilmu dalam cara yang mudah difahami. Tahniah. Teruskan!

    Like

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s