Bisnes Bersistem : Cara Untuk Kembangkan Bisnes Sedia Ada

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Siapa pernah makan burger tepi jalan?

Boleh saja jumpa kadang-kadang depan 7 Eleven, depan mamak atau mana-mana sahaja. Ada payung, ada tempat gril daging burger dan ada seorang brader sibuk. Seronok, inisiatif brader tu pasang radio.

Rasa burger itu sebenarnya lagi sedap daripada burger yang dihasilkan oleh McDonalds. Dari segi sosnya, banyak sayur dan boleh macam-macam nak tambah!

Abah saya pernah cakap, bisnes burger ini boleh untuk dimulakan. Tapi bisnes ini untuk pergi jauh – abaikan. Mulanya saya tak faham. Tak ada ke jutawan yang boleh kaya menjual burger. (masa itu kecil dalam 10 tahun macam tu) Sebenarnya ada usahawan yang kaya menjual burger. Sebagai contoh paling dekat, usahawan Melayu. Ramly Burger. Tak kenal mukanya macam mana, tapi kita kenal jenama tu.

Malah ada yang jadi billionaire dengan menjual burger.

Sudah pasti anda kenal (dah sebut), McDonalds.

Kenapa McDonalds boleh jadi hebat menjual burger walaupun rasa burger itu tidak sesedap mak kita buat atau brader jual burger tepi jalan?

Jawapannya sistem.

 

Adib Yazid The Founder McDonalds 01.jpg

Percubaan pertama. Terlalu banyak perlanggaran dalam dapur.

Pada awalnya, seorang usahawan Ray Kroc yang selalu merantau menjual mesin milk shake ke seluruh Amerika. Kehidupannya banyak di jalan. Ketika itu, ramai menjual makanan melalui pesanan dari kereta.

Beliau melihat beberapa masalah dalam bisnes sebegini.

Adib Yazid The Founder McDonalds 02.jpg

Percubaan kedua. Mengurangkan perlanggaran dengan susun atur kelengkapan.

Masalahnya adalah;

  • Lambat sampai makanan selepas pesanan.
  • Apabila makanan sampai, dapat lain daripada yang lain.
  • Disebabkan terlalu lama menunggu, sudah jadi tempat lepak.
  • Perlu ruang yang besar untuk kereta parkir.

Satu hari, beliau membuat satu panggilan ke pemilik sebenar McDonalds untuk mempromosikan mesin milk shake beliau. Sampai ke sana, beliau rasa pelik dan cepat dapat apa yang beliau pesan. Tak sampai 5 minit!

Malah rasa burger tidaklah seteruk yang disangkakan. Lalu, Ray Kroc ingin bertanya bagaimana melakukan bisnes tersebut.

Adib Yazid The Founder McDonalds 03.jpg

Setiap idea yang dapat perlu validasi. Ini cerita McDonalds bermula di gelanggang tenis.

Beliau melihat segala-galanya dalam aturan tersendiri. Mesin dan kelengkapan adalah ‘custom made’ mengikut apa yang dikehendak dalam restoran ini. Malah, ruangnya adalah sangat kecil berbanding restoran lain.

Adib Yazid The Founder McDonalds 04.jpg

Ini lah ‘layout’ restoran pertama McDonalds. Sesiapa yang pernah kerja di kilang Jepun, mereka akan didedahkan dengan peranan layout dalam suasana kerja.

Ray Kroc telah menjemput adik beradik McDonalds untuk satu makan malam, untuk mengetahui bagaimana dua adik beradik ini melakukannya.

Di situlah idea franchise McDonalds wujud.

Kita faham, sesiapa yang memulakan bisnes pada awal-awal. Serabut, tak tahu nak mula mana, nak susun macam mana, apa sistem yang ada dan macam-macam. Terhadkan 3 tahun sahaja begitu.

Untuk kembangkan bisnes perlu ada sistem dan seterusnya SOP (standard operating procedure) atau aturan kerja.

Nak mula dengan yang mana? Mulakan dengan SOP Kewangan terlebih dahulu.

 

Adib Yazid

 

 

Advertisement

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s