Diari Ejen – Cerita Permulaan Ejen

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Agak lama rupanya saya peram kisah cerita permulaan ejen.

Menjadi ejen adalah satu cara bisnes solo-enterpreneur. Orang kata tak ada stres nak kena maki dengan bos  dan macam-macam lagi. Kenapa saya menjadi ejen insuran dan takaful?

 

Adib Yazid Motor Part Time.jpg

Motor yang saya beli sebab nak jadi ejen insuran. Kos berjalan amatlah tinggi menjadi ejen.

 

Saya menjadi ejen atas faktor duit semata-mata pada awalnya. Saya memang pernah berniat, yang saya tak akan lama bekerja di bawah orang atau syarikat. Oleh itu, dua tahun saya bekerja saya mencuba macam-macam ruang bisnes. Senang cerita – main redah, langgar tembok, kena tipu.

Ingatkan dah jadi jurutera yang bawahnya ada 250 orang sanggup bekerja untuk kita, dah menang pelbagai anugerah pekerja cemerlang dah boleh jadi usahawan yang baik. Itu salah.

Dari bisnes buat baju, bisnes jual barangan kamera, bisnes servis mengajar bahasa Korea sehinggalah jual biskut, saya cuba. Akhirnya sangkut pada industri insuran dan takaful. Sebab utama? Sebab bisnes ini boleh bagi duit dengan memberi solusi kepada orang lain.

Bisnes yang bagus adalah bisnes yang boleh dimulakan dengan kapital modal yang sangat rendah. Ya, dengan menjadi ejen anda hanya perlu lepas ujian. Itu pun tak sampai RM350 ketika itu. Tak ada perlu stok-stok barang dan sebagainya. Perlu kecekalan. Masa itu, kata pada diri – why not?

Oleh itu saya mulakan menjadi ejen secara rasmi pada bulan Oktober 2012. Bulan pertama saya jadi ejen – hanya satu pelanggan sahaja. Lepas itu tidur! Syok wei, dapat satu pelanggan dah tahu komisyen berapa enam tahun mendatang. Bulan November tidur. Kemudian, baru disedarkan dengan betul barulah gerak semula.

Memang jadi ejen tidak memerlukan modal yang besar. Tapi kos operasi bisnes ini tinggi tanpa kita sedar – kos perjalanan. Kalau anda memulakan bisnes ini dengan menaiki kereta, agak sukar. Banyak duit akan dihabiskan dengan tol dan minyak.

Kerana itulah saya membeli motor dengan meleburkan emas saya.

 

Cerita permulaan ejen ini, saya akan tulis sedikit demi sedikit. Sukar untuk melampiaskan nafsu nak menulis cerita lama. Sebab orang suka cerita gembira, jarang orang suka cerita sedih.

Kepada ejen insuran / takaful yang masih baru, saya cadangkan tulis diari anda setiap hari. Syok baca pada masa akan datang.

Adib Yazid.

 

Advertisement

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s