Shariah Registered Financial Planner – Opsyen Paling Cepat & Berbaloi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Untuk menjadi ejen takaful, anda hanya perlu mengambil TBE iaitu Takaful Basic Examination, daftarlah dengan MTA (Malaysia Takaful Association). Bolehlah anda jadi seorang ejen takaful.

Untuk menjadi seorang penasihat kewangan (financial advisor representative) bertauliah, salah satu kelayakan adalah anda kena ambil Shariah Registered Financial Planner di bawah Malaysian Financial Planning Council. Di mana badan ini menguruskan keahlian dan membuka kelas-kelas pembelajaran. Akan tetapi, peperiksaan akan dilangsungkan di Malaysian Insurance Institute (MII).

SRFPoutline.png

Sijil Shariah Registered Financial Planner (SRFP), saya galakkan untuk sesiapa yang mahu terlibat nasihat dan produk kewangan Islamik sahaja. Malah isi kandungan sangat bagus untuk Muslim memahami muamalat Islam.

SRFP ini ada dua cara untuk kita ambil:

  • Shariah Registered Financial Planner, kesemua modul. Ada tujuh modul untuk dihabiskan. Setiap satu modul ada peperiksaan yang memerlukan anda lulus. Ini sangat sesuai untuk sesiapa yang ‘fresh’ baru menjejakkan kaki ke dalam bidang kewangan atau dari bidang lain.
  • Shariah Registerd Financial Planner Capstone. Ini ada kelayakan. Ini merupakan batu loncatan nak habis dengan cepat. Minima sekurang-kurangnya ada 3 tahun pengalaman dalam bidang berkaitan dan lepas ijazah yang relevan.

 

Shariah RFP Capstone

 

Saya cadangkan, jika anda dari latar belakang ejen amanah saham atau insuran / takaful dan sudah lama dalam industri, minima 3 tahun. Sebaik-baiknya ambillah Shariah RFP Capstone.

Dari segi masa, SRFP Capstone lebih pendek. Belajar 3 hari. Selang dua minggu kemudian, lagi 3 hari. Sebulan selepas itu wajib untuk hantar tugasan mengenai pelan kewangan dan peperiksaan objektif.

Dari segi kos pembelajaran SRFP dalam linkungan RM2800, berbanding pembelajaran penuh SRFP boleh mencecah RM6,000.

 

Keahlian MFPC

Jika anda mengambil SRFP, keahlian anda hanyalah sebagai pelajar. Sebaiknya selepas lulus SRFP (ataupun SRFP Capstone) berdaftarlah dengan MFPC. Jika anda seorang lulusan SRFP dalam linkungan RM212.00 setahun.

Selepas anda lulus, kemungkinan akan dijemput ke majlis graduasi yang berlangsung setiap 2 tahun.

Sebulan selepas dikhabarkan lulus (keputusan akan diberitahu dalam laman web MII). Pihak MFPC akan pos kan sijil dan dokumen lain.

Dokumen yang akan diberi.

  1. Sijil Shariah Registered Financial Planner
  2. Constitution of the MFPC (1 Set)
  3. Certification & CPD Board (CCB) Guidelines (1 Set)
  4. Ethic & Compliance of the MFPC
  5. Collar Pin
  6. Surat ucapan tanniah dan nombor keahlian (bermula dengan M)
  7. Majalah Financial 1st (senaskhah)

 

Ada opsyen lain selain SRFP, seperti RFP (Registered Financial Planner), CFP (Certified Financial Planner) ataupun IFP (Islamic Financial Planner).

Dari sudut kos dan masa, SRFP adalah terbaik buat masa ini.

Jom jadi Financial Advisor!

 

Adib Yazid

 

Advertisements

2 responses to “Shariah Registered Financial Planner – Opsyen Paling Cepat & Berbaloi

  1. Pingback: Financial Planner : Cabaran Baru Yang Bakal Datang? | Adib Yazid·

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s