Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Perbincangan ASB adalah haram atau harus, adalah perbincangan yang paling panjang disembangkan. Bukan sahaja di media masa, malah perbincangan isu di kedai kopi atau sesama keluarga.
Sebelum ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengeluarkan kenyataan FAQ tentang hukum pelaburan ASN & ASB. Boleh rujuk bacaan di sini.
Baca: FAQ Hukum Pelaburan ASN & ASB
Semalam, 11 haribulan May 2017 adalah tarikh penting dimana Majlis Fatwa Selangor telah memberitahu melalui surat yang telah disebarkan di media sosial (Facebook) mengatakan bahawa status pelaburan Permodalan Nasional Berhad sekarang adalah harus.
Ini berdasarkan kaedah Fiqah, hukum berubah mengikut illah (sebab).
Anda boleh baca kenyataan surat ini pada gambar di bawah ini.
Buat masa kini, ada dua negeri masih memfatwakan bahawa hukum pelaburan adalah haram, iaitu Majlis Fatwa Pulau Pinang dan Pahang.
Semoga ini menjadi satu tanda aras mengelak kekeliruan mengenai pelaburan di ASB. (ASB adalah satu instrumen pelaburan yang banyak diterapkan / diceritakan oleh pakar kewangan).
Kenyataan rasmi Majlis Fatwa Selangor: KLIK
Adib Yazid