Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
(Pelancaran Hibah Amanah : New Straits Times)
Sebelum ini, segala simpanan akan melalui proses harta pusaka. Yakni, akhirnya akan dibahagikan melalui sistem Faraid. Selepas munculnya Hibah Bersyarat dalam Takaful, PNB telah melancarkan Hibah Amanah, iaitu segala duit akan diberi kepada penerima Hibah.
Konsep hibah sebegini adalah Hibah Mutlak, tidak boleh sesuka hati untuk ditukar-tukar walaupun ketika masih hidup.
Kita kena faham konsep ini sebaik-baiknya sebelum berlaku perkara tidak diingini pada masa akan datang.
- Apabila kita sudah membuat Hibah Amanah, duit dalam akaunt tersebut adalah duit penerima hibah. Jadi diri kita jadi apa? Kita hanyalah Pemegang Amanah.
- Apabila kita mati dahulu sebelum Penerima Hibah, duit itu akan diberi kepada Penerima Hibah. Ini normal dan ini adalah tujuan Hibah Amanah, untuk terus diberi dan tidak melalui proses urusan harta pusaka.
- Apabila Penerima Hibah mati dahulu sebelum Pemberi Hibah, duit itu haruslah menjadi milik waris Penerima Hibah.
Jadi kepada sesiapa yang ingin melakukan Hibah Amanah, fahamkan dulu. Bukan ikut orang lain buat, dia pun nak buat.
Sumber bacaan utama: Tabung Haji Hibah Amanah
Sumber bacaan utama: Tabung Haji Hibah Amanah
Adib Yazid