Kad Medikal : Apa yang tidak dilindungi bawah kad medikal, tetapi tidak diberitahu oleh ejen-ejen anda.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Kad medikal hari ini boleh dikatakan satu kad yang perlu ada untuk setiap individu melainkan ada opsyen lain, iaitu mempunyai dana perubatan sendiri yang banyak. Contohnya sejuta ringgit.

Walaupun begitu, boleh dikatakan kalau kita seorang yang mapu pun, ikutkan hati kita tidak mahu mengusik simpanan kita kerana duit simpanan itu dibina dengan cara kita bekerja dengan penat.

Kad medikal adalah salah satu instrumen urus risiko yang sangat penting. Kerana risiko sakit adalah risiko yang perlu diuruskan untuk menjamin kewangan peribadi masing-masing. Soalan yang selalu ditanya apakah yang dilindungi oleh kad medikal? – soalan yang kerap ditanya.

Saya lebih mengajak orang lain (prospek) untuk mengetahui apa perlindungan yang tidak dilindungi oleh kad medikal. Sudah pasti boleh dibaca melalui pembacaan polisi atau melalui penerangan ejen-ejen. Tetapi untuk ‘bersembang’ semua perkara, itu agak sukar kerana kekangan masa dan membosankan.

Perlu ingat, ia adalah info yang sangat penting.

Di sini saya senaraikan perkara yang tidak dilindungi oleh insuran / takaful perubatan tetapi jarang diberitahu oleh ejen-ejen.

Kad Medikal Perlindungan Penuh & Deductible.jpeg

#1. Perlindungan samada Perlindungan Penuh atau Deductible 

Ini bergantung pada jenis insuran / takaful perubatan yang anda ambil. Jika anda ambil perlindungan penuh, belum tentu adalah 100% dilindungi oleh kad medikal anda. Masih ada klausa perlu dipenuhi. Belum jumpa lagi, satu kad medikal digunakan anda tidak mengeluarkan satu sen daripada poket sendiri. Mesti ada bayaran, contoh bayaran pendaftaran RM30 (bergantung pada hospital).

Perlindungan penuh ini bermaksud, apa sahaja perlindungan yang ‘direct’ kepada perbelanjaan mengubati. Jika anda sakit perut, tetapi minta ubat sakit kepala – ubat sakit kepala tidak dilindungi. Ini adalah salah satu ‘abuse’ yang dilakukan oleh pemilik kad perubatan hari ini.

Jika kad medikal anda adalah jenis deductible, perlu jelas bagaimana mekanisme-nya. Misalnya, anda mempunyai kad medikal deductible RM3,000. Maksudnya, kad medikal hanya akan membayar bil yang lebih RM3,000 sahaja.

Bil jumlah kesemuanya, RM10,000. Jadinya hanya RM7,000 dilindungi oleh kad medikal tersebut. Ada juga kad medikal menggunakan peratus, misalnya 10% pertama atau 20%.

#2. Bilik tambahan atau caj bilik lebih dari nilai Perlindungan.

Ini juga bergantung pada jumlah perlindungan bilik. Anda telah mempunyai kad medikal yang memberi perlindungan bilik RM200 semalam. Anda hanya boleh ditawarkan bilik bernilai RM200 oleh pihak hospital.

Bagaimana jika kurang? Kad medikal RM200 tetapi pihak hospital memberi bilik RM180. Ada sesetengah kad medikal memberikan elaun berdasarkan lebihan bilik tersebut. Untuk kes ini, RM20 akan diberikan kepada pesakit setelah keluar daripada hospital (lebih kurang selepas 14 hari bekerja).

Ada pihak hospital akan memberikan bilik yang lebih mahal, contoh bilik Suite berharga RM300 (perlindungan hanya bilik RM200) tetapi tidak mengenakan caj kepada pesakit. Ini disebabkan bilik telah penuh dan budi bicara pihak hospital.

Ada sesetengah pihak insuran akan mengenakan denda kepada pemunya polisi jika memilih bilik yang lebih mahal berbanding perlindungan yang telah diambil. Sila berhati-hati.

#3. Pakej Kemasukan; dokumen berkaitan dan tag nama.

Tahukah anda, jika masuk hospital anda akan diberi dokumen rekod sepanjang berada di hospital dan tangan anda akan dikena tag nama. Jangan terkejut, tag nama tersebut anda perlu membayar sendiri! Harga pun boleh tahan, dalam RM10 – RM50.

Itu tidak dilindungi oleh pihak insuran / takaful. Itu tanggungjawab kita untuk membayar tag dan dokumen tersebut.

#4. Vaksinasi dan Vitamin Tambahan

Ini pun jangan terkejut, kenapa pihak insuran / takaful tidak melindungi vaksin atau vitamin tambahan.

Pihak insuran / takaful hanya melindungi perubatan yang betul-betul untuk proses penyembuhan / rawatan. Jika ubatan tersebut hanya untuk memberi tambahan (pemangkin) dalam mempercepatkan penyembuhan, kemungkinan tidak akan dilindungi oleh pihak insuran / takaful.

Vitamin, contohnya. Vitamin tidak dimakan pun, boleh sihat. Tetapi atas saranan doktor, vitamin digalakkan untuk dimakan sebagai cara memberi tenaga dan mempercepatkan penyembuhan. Ada pihak hospital menggunakan kesempatan, memberikan sebulan stok vitamin.

Akibatnya, masa keluar hospital kita terpaksa mengeluarkan duit sendiri membayar ubatan tersebut kerana tidak dilindungi. Adalah tanggungjawab setiap pesakit untuk bertanya ubatan yang diberi, dan sudah pasti ada hak untuk anda tolak ubatan tersebut.

#5. Makanan Ala Carte atau permintaan makanan tambahan

Di bawah perlindungan kad medikal, makanan dan minuman tertakluk dibawah pembayaran bilik dan ianya adalah ‘standard’. Untuk sarapan, makanan tengahari dan makanan malam. Jika pesakit adalah budak kecil, makanan untuk salah seorang ibu atau bapa (atau penjaga) akan dilindungi bawah kad medikal.

Jika minta lebih daripada itu, contohnya minta piza ke, minta sayur lebih, minta dessert lebih – itu adalah tanggungjawab untuk membayar sendiri apabila keluar hospital kelak.

#6. Penggunaan Telefon di bilik hospital

Perkhidmata ini masih ada di hospital, jika anda menggunakan khidmat telefon hospital anda perlu membayar segala bil tersebut. Tapi hari ini setiap orang ada telefon bimbit masing-masing, lebih baik gunakan telefon tersebut.

#7. Perkhidmatan Jururawat Rumah

Jangan tertipu dengan teknik pemasaran yang mengatakan bahawa ada perlindungan jururawat rumah! Ya, memang ada tetapi bukan terus ditanggung oleh pihak insuran / takaful.

Anda perlu membayar pakai duit sendiri dahulu, barulah kemukakan tuntutan kepada pihak insuran / takaful kemudian (file & claim).

#8. Proses Rehabilitasi dan Rawatan Fisio

Ini adalah sama seperti nombor 7, file & claim. Oleh itu, saya nasihatkan sediakan juga dana kecemasan untuk perkara-perkara begini jika berlaku.

Celik kewangan untuk bab kad medikal adalah sangat penting, supaya kita tidak terperangkap dengan ‘hype-hype’ pemasaran kad medikal oleh ejen-ejen. Jika anda mempunyai polisi / sijil takaful bacalah dengan penuh teliti, dan bukan hanya letak bawah katil sahaja.

Adib Yazid

Advertisement

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s