ASB : Simpanan Atau Pelaburan?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Kerapkali perancang kewangan menekankan perkara ini;

“Menyimpan dahulu sebelum melabur.”

Ya, untuk membuat perancangan kewangan yang betul dan sistematik, binalah dulu simpanan. Ada individu mengganggap ini adalah sebahagian daripada simpanan kecemasan. Jumlah simpanan ini perlulah minima 3 bulan perbelanjaan.

Idealnya, adalah enam bulan – tapi itu adalah normal. Kalau ada lebih daripada itu contohnya; setahun daripada perbelanjaan. Itu lebih baik. Malah itu apa yang telah disarankan dalam Al-Quran Karim, surah Al Baqarah 240.

Persoalan kedua, mana tempat sesuai untuk menyimpan?

 

ASB sebagai tempat menyimpan simpanan kecemasan?

Ciri-ciri tempat menyimpan yang baik adalah tempat menyimpan yang tidak dikenakan caj-caj atau yuran-yuran.

Ejen unit amanah (unit trust) memberi idea bahawa simpan-lah di amanah saham. Perlu diingatkan, caj perlu dibayar. Contohnya 5% daripada nilai ‘yang hendak disimpan’ perlu dibayar terlebih dahulu. ‘Menyimpan’ RM100, tinggal RM95.

Ejen takaful atau insuran, juga memberi idea menyimpan-lah di pelan takaful. Itu lagi teruk, kerana caj tabarru punyalah tinggi.

Situasi di Malaysia, amatlah sesuai menyimpan di:

  • Amanah Saham Bumiputera (terhad kepada bumiputera)
  • Tabung Haji

 

ASB Pelaburan Ada Ciri Simpanan.jpg

 

Kedua-dua pelaburan yang ada ciri simpanan.

Sebagai contoh ASB, kalau membaca prospektus, kontraksnya adalah pelaburan yang tulen. Tapi mempunyai bersifat simpanan. Kerana apa?

Kerana harga seunit adalah kekal (fixed price fund). Harga itu tidak berubah. Sudah pasti, pulangan dividen bukan satu jaminan. Berbanding kalau anda menyimpan di amanah saham lain, harga hari ini dan harga esok hari sudah berubah! Hari ini seunit harga RM1, esok boleh jadi 90 sen! Dah rugi membayar caj masuk, rugi pula dari segi perubahan harga.

Perlu difahami di sini, ASB adalah kontrak pelaburan. Tetapi untuk Tabung Haji adalah kontrak simpanan. Pulangan dari segi bonus adalah perkara yang tidak boleh dijamin.

Kedua-dua instrumen ini, walaupun teruk ekonomi bagaimanapun, capital guaranteed masih ada sebab harga adalah tetap (fixed price).

Pernah ada seorang mentor kewangan peribadi, menyebut:

 

Penuhkan ASB dan Tabung Haji sampai satu juta ringgit, dah boleh senyum meleret-leret.

 

Adib Yazid

Advertisement

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s