Assalamualaikum dan selamat pagi.
Usahawan adalah individu yang lebih self-motivated. Diri sendiri yang perlu memotivasikan diri sendiri. Jadi seorang usahawan adalah perkara yang sibuk! Jangan jadi usahawan, berhenti kerja kerana nak hidup senang dan masa yang banyak.
Tanggapan itu boleh jadi salah.
Jika anda seorang usahawan yang baru, lakukan 7 perkara ini untuk jadi seorang usahawan yang berjaya.
Contoh dua usahawan yang berjaya, nama disebut sehingga hari ini.
#1. Bangun Awal
Kan katanya nak jemput rezeki melalui perniagaan. Jadi baguslah untuk bangun awal. Bak kata orang tua, ‘berpagi-pagian itu memurahkan rezeki’.
#2. Elakkan dari terus buka media sosial.
Bila buka media sosial anda akan terus buang masa skrol newsfeed dan tak sedar Subuh pun dah habis, atau tak sedar dah dua jam anda hanya baca newsfeed.
#3. Bersenam
Dengan bersenam semua otot akan digerakkan dan akan menjadi kita lebih gembira. Anda juga lebih mudah untuk fokus dan tak akan asyik mengantuk dan lemah sepanjang hari.
#4. Bersarapan
Memang tak dapat dinafikan, usahawan sentiasa sibuk. Tak perlu bersarapan yang berat-berat, makan makanan yang berprotein tinggi adalah yang paling sesuai untuk ‘kick-start’ hari anda.
#5. Senaraikan tugasan
Mulakan hari anda dengan senaraikan semua tugasan. Bahagikan juga mana tugasan untuk perniagaan dan peribadi supaya anda tak terlepas untuk melakukan kedua-duanya.
#6. Membaca
Usahawan yang mendahulukan aktiviti membaca pada sebelah pagi akan lebih mudah untuk dapatkan idea-idea untuk perniagaan sendiri.
#7. Baca 101 impian.
Untuk capai 101 impian yang anda tulis, dengan membacanya setiap pagi supaya anda tahu apa matlamat anda yang sebenarnya dan anda lebih komited untuk berusaha lebih baik.
Lakukan 7 perkara ini dahulu!
Lihat hasilnya kelak.