Pemansuhan Tarif Insuran & Takaful Kenderaan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Rasanya ramai sudah sedar tentang perubahan dalam industri insuran & takaful kenderaan pada bulan Julai tahun ini (2017).

Menurut PIAM (Persatuan Insuran Am Malaysia) bermula 1 Julai 2017 ini, sistem insurans dan takaful di Malaysia akan berubah sepenuhnya. Tidak lagi seperti dulu.

Perubahan ini dipanggil Liberalisasi. Maksud liberalisasi adalah sesuatu ekonomi (atau industri) tidak dikawal sepenuhnya atau secara terus oleh pihak kerajaan.

 

Sistem Sebelum Liberalisasi

Selama 30 tahun, premium insurans dan caruman takaful motor dikawal oleh tarif Bank Negara Malaysia (BNM). Premium ini ditentukan oleh nilai pasaran kenderaan, kapasiti enjin kenderaan dan kriterian lain seperti ‘loading’.

Oleh sebab dikawal oleh tarif BNM, premium atau caruman menjadi lebih kurang sama antara satu syarikat dengan syarikat yang lain. Tidak kira anda pergi ke syarikat takaful ABC atau syarikat takaful XYZ, anda akan dapat sebut harga yang tidak lari jauh atau margin perbezaan yang tidak ketara.

Pemansuhan Tarif

Apabila premiun insurans dan takaful motor tidak lagi dikawal tarif oleh BNM, setiap syarikat insurans dan takaful bebas meletakkan harga sendiri. Mereka juga bebas untuk ubahsuai nilai  premium atau caruman pada bila-bila masa.

Sistem ini telah lama dipraktikkan di Amerika Syarikat, United Kingdom, Jerman, China, Thailand, Korea dan Singapura.

Liberalisasi Tarif Insuran Takaful Am.jpg

Apa kesannya kepada pengguna?

Pada pendapat beberapa individu, ia merupakan suatu perkembangan yang positif kerana:

  1. Mungkin premium atau caruman menjadi lebih murah kerana masing-masing syarikat bersaing antara satu sama lain.
  2. Syarikat insurans dan takaful akan memperkenalkan produk baru yang mempunyai lebih manfaat.
  3. Servis menjadi lebih efektif kerana persaingan antara syarikat insurans dan takaful. Masing-masing perlu menonjolkan nilai perkhidmatan masing-masing.

 

Apakah faktor yang mempengaruhi bayaran premium / caruman baru?

Pengiraan premium baharu akan mengambil kira:

  • Kesalahan lalu lintas berdasarkan sistem KEJARA. Banyak kesalahan, tinggi premium atau caruman.
  • Usia kenderaan. Usia kenderaan 10 tahun ke atas, premium/caruman lebih tinggi.
  • Lokasi kenderaan. Contohnya, kepadatan samada pangsapuri atau rumah beratap. Kesesakan lalu lintas, risiko perumahan berbeza jika berdekatan komplek membeli belah atau jauh dari bandar.
  • Risiko pemilik kenderaan termasuklah jantina dan umur. Umur 19-23 tahun lebih berisiko tinggi. Umur 70 tahun ke atas premium lebih mahal.
  • Pekerjaan pemandu. Lebih mahal jika menggunakan kenderaan untuk perkhidmatan barang atau pegawai pemasaran.
  • Model dan jenis kenderaan. Kenderaan yang kerap dicuri, premium lebih tinggi.
  • Keselamatan kenderaan. Kereta mempunyai sistem anti kecurian, premium lebih rendah.
  • Rekod tuntutan.
  • Rekod selenggara. Kereta yang tidak diselenggara dengan betul, premium lebih mahal.
  • Kegunaan kereta. Sama seperti pekerjaan pemandu.

 

Oleh itu, syarikat insurans dan takaful bebas untuk tentukan bayaran premium, jadi amat sarankan kepada pelanggan untuk ‘shopping’ atau ‘survey’ dahulu sebut harga dari 30 syarikat insurans dan takaful.

Liberalisasi Insuran Takaful Am.jpg

Harga yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat ini berbeza.

Tidak semestinya yang mahal itu bagus dan yang murah itu tidak bagus. Bila mencari sesuatu produk insurans, fokus pada nilai perlindungan & manfaat. Sekiranya anda beli kerana harga, anda akan dapat harga. Tetapi, sekiranya anda beli kerana nilai, anda akan dapat nilai.

Berhati-hatilah ketika memandu, kerana anda mungkin akan dikenakan bayaran premium yang lebih tinggi disebabkan oleh kecuaian anda.

 

Sumber: BHarian, The Star dan Facebook.

 

Advertisement

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s