Nak Duit Cepat, Selain Pembiayaan Peribadi? EZY Cash Maybank (Baca Dahulu, Baru Komen)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Satu minggu sebelum raya, saya dapat satu panggilan daripada rakan lama di Johor. Bertanya tentang rumah, pembiayaan dan kredit kad.

Sementara saya sedang menunggu bini membeli belah, dan saya tengah duduk sahaja (lelaki normal, lenguh shopping 20 kedai), saya layan panggilan ini.

Ceritanya mudah. Dapat review satu rumah yang baik. Boleh dijadikan satu pelaburan hartanah. Boleh jana aliran tunai secara positif, malah kawasan itu sangat ‘hotspot’. Masalah utama beliau adalah – kekurangan dana tunai.

Harga rumah adalah sekitar RM200,000. Biasanya memerlukan dalam linkungan 10-15% (termasuk caj guaman). Iaitu sekitar RM20,000 ke RM25,000. Beliau kekurangan dalam RM5,000 begitu. Dan paling meruncing, nak dekat raya. Memang ada lebihan tetapi beliau lebih suka mempunyai ‘buffer’ dalam bentuk tunai.

Mana tahu, ada kecemasan lain. Jadi apa ruang yang boleh ambil selain pembiayaan peribadi yang agak tinggi iaitu sekitar 8-12%?

 

Maybank Ezy Cash : Jangan Guna Kalau Tak Bijak

Memahami situasi beliau, bermaksud ada tunai di tempat lain. Tetapi tak nak gunakan tunai, sebab merasakan pegangan tunai di tangan lebih penting untuk hal-hal kecemasan dan sebagainya.

Beliau ingin menggunakan sumber lain, dan ianya untuk sekejap.

Teringat dalam kepala saya, tentang Ezy Cash Maybank. Salah satu perkhidmatan yang ada dalam kad kredit Maybank.

Ezy Cash Maybank Repayment Table .jpg

Caj-nya adalah 3.88%.

Diikutkan, sebenarnya mengeluarkan tunai daripada kad kredit adalah perkara yang NO NO NO. Malah, tidak digalakkan. Ianya adalah satu perangkap yang besar dan boleh menyebabkan individu yang ada kad kredit boleh terjerat dalam hutang kad kredit yang bahaya.

Tetapi, jika anda seorang yang bijak dalam menggunakan kad kredit, malah ianya lebih ‘murah’ berbanding pembiayaan peribadi. Ini adalah fungsi kad kredit yang baik.

Dari segi kepatuhan Syariah, saya difahamkan ia tidak patuh Syariah kerana ia mengenakan caj pada nilai pinjaman. Bukan konsep Tawaruq (atau konsep perbankan Islam lain dalam pembiayaan peribadi).

Sebaiknya, tanya pihak bank ada atau tidak perkara yang sama sebegini tetapi lebih kepada patuh syariah.

Bagaimana nak gunakannya?

  1. Buka Maybank2U
  2. Pergi bahagian Transfer
  3. Pergi ke EzyCash
  4. Letakkan amaun diperlukan
  5. Sebaiknya baca Propektus dan Product Disclosure Sheet
  6. Pilih akaun
  7. Dalam masa beberapa minit, sudah ada tunai di akaun anda

Saya pernah menggunakan EzyCash ini, apabila saya membuat kesilapan bajet dalam pembelian rumah. Di mana saya tidak masukkan caj guaman, menyebabkan saya kekurang RM2,000. Kebetulan waktu itu, hujung tahun. Duit simpanan saya berada dalam ASB, dan tidak boleh dikeluarkan kerana transaksi tutup untuk deklarasi dividen tahun hadapan.

Alamatnya, saya menggunakan EzyCash.

Saya nasihatkan jangan guna untuk suka-suka.

 

 

Adib Yazid

Advertisement

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s