Polemik MRTT & MLTT

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Perkongsian individu di Facebook mengenai polemik MRTT & MLTT.

By default, ambillah MRTT. Khususnya untuk rumah duduk sendiri.

Untuk rumah kedua atau pembelian rumah untuk tujuan pelaburan pun, ambillah MRTT. Kalau rumah itu dijual, masih dapat pulangan baki (reimbursement balance) MRTT. Bukan hilang macam tu je (burn).

images

MRTT lebih murah. MRTT penting sebagai penjamin pinjaman (guarantee loan) dibayar dan menjadi kriteria penting untuk buat hibah dalam perancangan pusaka.

Oh ya, perancangan pusaka bukan dibuat semasa dah nak mati. Perlu dibuat segera, sebab kita pun tak tahu bila kita mati.

Adapun MLTT ini sebenarnya insuran nyawa sebagaimana insuran nyawa biasa sahaja. Wujud atas pelbagai faktor.

#1. Tidak mahu / takmampu bayar sekaligus (lumpsum) MRTT.

#2. Tidak mahu / tak boleh masukkan MRTT dalam pinjaman. Biasa kes yang LTV 90% dah maksium untuk harga rumah. Dah tak boleh nak tambah nilai pinjaman lagi.

#3. Yang nak tetap (lock) bayaran MLTT murah sebab usia muda. Contoh ambil dahulu perlindungan 1 juta waktu usia 25, bayaran mungkin baru rm200-300. Kalau ambil lewat mungkin mahal.

#4. MLTT tidak menjamin rumah langsai bayar selepas mati. Bayaran boleh lapse. Kaedahnya juga manual. Penerima hibah takaful tidak pula diwajibkan membayar hutang rumah.

Dan rumah masih ada hutang tidak boleh dihibahkan. Selepas mati, hutang mesti dilangsaikan. Mesti guna harta si mati. Hibah takaful sudah jadi milik penerima hibah. Melainkan diletakkan syarat. Jatuh kepada waris faraid. Waris faraid perlu langsaikan hutang.

Disini orang akan berkata, gunalah duit MLTT untuk tebus faraid. Betul, tapi ada beberapa kelemahan. Tebus faraid biasanya bukan atas harga pinjaman, takut waris mahu harga semasa.

Katakan waris ada haknya berapa peratus, dan beliau habiskan bahagian pinjaman tertunggak hak beliau. Cukupkan MLTT untuk tebus harga rumah semasa. Wallahu alam.

Boleh jadi YA boleh jadi TIDAK.

Bukankah lebih mudah ambil MRTT dan buat hibah bersyarat. Simple sikit.

Beberapa isu perlu diambil kira.

  • MLTT ada komitmen bulanan. Boleh lapse. Lebih mahal.
  • Ada opsyen ambil Term Takaful. Lebih murah sedikit. Tiada cash value.
  • MRTT tidak memberi perlindungan jika anda kena Penyakit Kritikal. Bila kena sakit kritikal, baki pembiayaan / pinjaman tetap kena bayar.
  • Jadi anda tetap perlu ambil perlindungan nyawa yang komprehensif.
  • Memandangkan MLTT adalah perlindungan, jangan campur adukkan dengan rider-rider manfaat lain. Disini komitmen bulanan anda akan nampak tinggi.
  • Jelaskan tujuan nak ambil perlindungan nyawa. Untuk MLTT ke atau untuk Income Protection? Dua ini perkara lain, sebenarnya. Sekalikan, alamat carumannya sungguh mahal.

Sebab itu saranan ambil sahaja MRTT. Lebih mudah. Lengkapkan dengan perlindungan nyawa, dengan tujuan Income Protection. Buat sekali Hibah Bersyarat.  Lebih terjamin rumah itu diselesaikan dengan pampasan MRTT. Keluarga boleh dapat pampasan melalui perlindungan nyawa dan penamaan melalui Hibah Bersyarat.

 

Ada pampasan boleh tebus bahagian Faraid pihak terbabit.

Lebih mudah, bukan?

 

Nukilan semula.

Adib Yazid

Advertisement

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s