Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Siapa pernah lihat filem The Matrix.
Filem ini mengisahkan satu hari nanti, dunia akan dikawal oleh robot-robot. Ah, ini semua fiksyen!
Tetapi hari ini banyak kerja telah mengalami kepupusan dan diganti dengan teknologi baru, contohnya; robot. Semua sektor mengalaminya. Begitu juga dengan industri kewangan.
Laman web ‘online’ dan aplikasi kewangan sedikit sebanyak mengganggu pasaran konsultan kewangan. Ditambah lagi dengan teknologi ‘robo’ dan ‘algo trading’ yang mengganggu peranan pengurus dan (fund manager).
- Sentiasa up-to-date dengan keperluan industri, perubahan dan trend semasa. Tingkatkan kebolehan kita. Tambah nilai pada produk atau servis kita. Pastikan kita juga menambah nilai pada industri kita.
- Bina paip-paip pendapatan kedua, ketiga, keempat dan seterusnya. Cari kebolehan dan skil kedua. Cari minat kedua kita.
- Mantapkan kewangan sendiri. Dapatkan penasihat kewangan untuk draf-kan kewangan anda. Kuatkan simpanan kecemasan dan bina portfolio kewangan.
Jom persiapkan diri!
(Saya menulis ini pada 13 Mac 2017)
Adib Yazid