PRS Private Retirement Scheme – Pengkelasan Dana A B C D dan F

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hari ini saya akan memberitahu tentang pengkelasan dana. Kalau anda biasa melabur di unit amanah (unit trust), sebenarnya anda sudah tahu apa itu dana kelas A, dana kelas B dan seterusnya sampai F. Tetapi, pengkelasan dana ini jarang orang ambil berat.

PRS Adib Yazid

Bila melabur di PRS atau nama panjang Private Retirement Scheme, kebanyakan dana akan memberitahu tentang perkara pengkelasan ini, sebagai contoh saya ambil satu AMPrs Islamic Equity Fund Class D.

Class D itu apa?

 

Pengkelasan Dana

Pengekelasan dana ini sebenarnya bergantung pada yuran atau caj dikenakan terhadap pelabur apabila hendak mula melabur. Perlu tahu, setiap pelaburan di unit amanah termasuklah PRS ada caj perlu ditanggung. Oleh itu, sebagai pelabur kena tahu pasal caj ini.

Contoh caj yang ada; (1) Caj kemasukan atau sales charge, load charge dan kedua (2) caj tahunan atau management charge.

Class A

Dana ini akan mengenakan caj sekali (one time) yang perlu dibayar kepada broker atau ejen, dalam linkungan 4.75% hingga 5.75%. Tetapi caj tahunan pula rendah.

Class B

Dana ini tidak mengenakan caj kemasukan tetapi caj tahunan pula tinggi. Biasanya dana kelas B ini akan diubah kepada kelas A pada satu tempoh tertentu (3-7 tahun).

Class C

Dana ini tidak mengenakan caj kemasukan tetapi akan mengenakan caj lebih kurang 1% jika menjual dalam tempoh bawah setahun. Jika jual selepas setahun, tiada caj dikenakan.

Class D dan Class F

Biasanya, dana di kelas D dan F, tiada caj kemasukan dikenakan atau terlalu minima. Tetapi caj lain masih ada. Kebanyakan ejen tidak menggemari menjual unit amanah dari kelas D dan kelas F, kerana komisyen terlalu sedikit atau terlalu rendah.

 

Jika anda tidak mengetahui pengkelasan dana, sebaiknya dapatkan khidmat nasihat dari perancang kewangan berdaftar seperti FAR atau FPR.

Adib Yazid

 

Advertisement

1 Comment

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s