PRS Youth Incentive – Rebutlah Wahai Anak Muda!!!

Assalamualaikum dan selamat pagi.

PRS Youth Incentive adalah insentif yang diberikan oleh kerajaan Malaysia kepada individu yang layak terma dan syarat. Insentif ini akan dimasukkan kedalam simpanan PRS individu masing-masing.

Adib Yazid Private Retirement Schemes - PRS

Syarat-syarat kelayakan untuk PRS Youth Incentive ini adalah:

  • Seorang warganegara Malaysia
  • Ahli baru atau ahli lama
  • Mesti berusia lebih 20 tahun dan tidak melebihi umur 31 tahun pada tahun 2017 dan 2018.
  • Pelaburan kasar bernilai RM1,000 sepanjang tahun 2017 dan 2018, pada satu dana simpanan yang sama.

Apabila syarat ini ditepati, secara automatik akan dikreditkan kepada penyimpan PRS. Pihak PPA iaitu Private Pension Administrator, akan mengenalpasti kelayakan penerima dan siapa bakal menerima, dan nama akan diberi kepada pihak kerajaan. Urusan ini akan dilakukan setahun dua kali.

 

Saya melabur RM1,000 dan dikenakan caj menyebabkan simpanan saya tidak cecah RM1,000. Adakah saya layak dibawah PRS Youth Incentive?

Mengenai caj, ya, simpanan di PRS akan dikenakan caj masuk.

Misalnya, Fazlan melabur RM1,000. Setelah ditolak caj, amaun yang tinggal dalam akaun adalah tinggal RM985, dimana RM15 adalah caj dikenakan. Insentif tetap akan diberikan kerana, sebaiknya kalau ingin melabur, lebihkan dari RM1,000 (dalam linkungan RM1,100).

Tiada dokumen diperlukan untuk memohon insentif ini. Semuanya sudah diuruskan.

Apabila membuka akaun PRS, akan ada dua akaun. Akaun A dan akaun B, dalam pembahagian 70 peratus dan 30 peratus. Duit ini akan dimasukkan ke dana yang kita buka, dalam bentuk pembelian unit-unit. Pembelian unit ini berlaku di akaun A. PPA akan memberitahu jika insentif sudah diberi.

 

Maklumat mengenai PRS Youth Incentive, secara terperinci boleh dibaca di sini.

PRS Youth Incentive FAQ

Adib Yazid

 

Advertisement

1 Comment

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s