Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Ada banyak soalan mengenai PRS ini, apabila beberapa minggu lepas menulis tentang PRS ini.
Saya akan jawab satu persatu.
#1. PRS sama dengan KWSP ke?
PRS tak sama dengan KWSP. PRS adalah skim pencen secara sukarela. KWSP adalah dicarum oleh majikan dengan peratus ditetapkan. PRS adalah opsyen nak menambahkan simpanan hari persaraan.
#2. Boleh ke nak minta majikan tukar dari KWSP ke PRS, sebab peratus pulangan?
KWSP dan PRS, mempunyai strategi berlainan dan risiko berlainan. KWSP adalah kewajipan majikan mencarum (mandatori). Boleh minta majikan mencarum untuk PRS sebagai tambahan, contohnya buat pemotongan gaji seumpamanya.
#3. Kenapa orang muda lebih bagus buat PRS?
Ada insentif untuk orang muda. Baca sini – PRS Youth Incentive.
#4. Macam mana nak dapat insentif RM1,000 tu?
Tak perlu buat apa-apa. PPA, iaitu Private Pension Administrator akan lihat akaun PRS yang cukup syarat, duit RM1,000 akan dimasukkan. Rujuk laman PPA.
#5. Macam mana nak buat PRS ini?
Sebelum nak buat, baik belajar dulu apa itu PRS. Belajar tentang risiko pelaburan dan pelaburan. Konsepnya seperti pelaburan unit amanah tetapi dengan tujuan persaraaan dan matlamat kewangan jangka masa panjang.
Bila dah tahu apa itu PRS, hubungi wakil yang boleh membantu buat PRS contohnya, penasihat kewangan bertauliah seperti FAR (financial advisor representative) atau FPR (financial planner representative), yang mempunyai akses banyak dana PRS.
#6. Macam mana nak pilih dana PRS?
Boleh buat kajian sendiri, guna platform seperti My Morning Star atau Lipper. Lihat potensi dan propektus. Fahamkan juga apa itu kelas dana seperti kelas A, B, C, D dan F. Fahamkan risiko dan caj-caj yang dikenakan. Boleh faham pengkelasan dana di sini. – Pengkelasan Dana .
#7. Saya tak ada duit RM1,000 nak bermula, banyak hutang. Macam mana nak masuk.
Sebelum mula melabur, sebaiknya tambah baik aliran tunai terlebih dahulu. Selesaikan hutang jahat apa yang patut. Mula pelaburan di tempat yang tiada caj dulu. PRS bukannya kewajipan penting, tetapi opsyen tambahan untuk dana persaraan.
Buat perkara asas, baru boleh buat perkara alternatif.
Insentif RM1,000 tu memang untuk orang muda. Sementara kerajaan kita masih bermurah hati nak bagi RM1,000, rebut cepat-cepat.
Ada lagi soalan nak tanya?
Adib Yazid