Bagaimana nak buat Portfolio Review Unit Amanah (Unit Trust) secara D.I.Y. (Do It Yourself) ?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sebelum ini saya telah kongsikan bagaimana hendak menganalisa sesuatu dana. Saya telah kongsikan di artikel sebelum ini. (Klik Sini: NOVAGNI).

Pelaburan, sebaiknya tetapkan minda bukan ‘touch and go’. Melabur, dan tak lihat langsung sedang rugi atau sedang untung. Biarkan. Malah lebih malang lagi kalau biarkan ejen itu sendiri yang tentukan dana, tanpa proses ‘monitoring’.

Adib Yazid Portfolio Review DIY.jpg

Dana terbaik pada 1 Aug 2017 (Sumber: Novagni)

Biasa orang akan tahu Unit Trust adalah P***** atau C**. Dua ini. Sebab kedua-dua fundhouse ini, terkenal. Keduanya mempunyai kredibiliti yang baik, pemasaran yang efektif dan tenaga ejen yang mantap. Tak hairan kenapa ramai memilih antara dua fundhouse ini, sebagai tempat melabur.

Sebelum hendak melakukan Portfolio Review, tanya ini dahulu.

 

#1. Berapa pelaburan yang sudah dibuat, sejak mula melabur? 

Ini penting untuk mengira samada ada untung atau rugi.

#2. Sudah berapa lama melabur?

Horizon masa adalah penting. Jika sudah melabur 5 tahun, tetapi masih memberi pulangan suam-suam kuku (bawah 5%), adakah pelaburan itu akan memberi pulangan baik untuk lima tahun akan datang?

 

Kedua-dua maklumat ini, sebagai pelabur – anda perlu tahu dahulu.

“Saya tak tahu semua ini. Macam mana?”

Soalan ini keluar, anda kena tanya soalan ini: Adakah ejen saya masih hidup atau aktif?

Opsyen Pertama: Jika masih hidup atau aktif, tanya status pelaburan anda pada masa kini. Terutama NAV (net asset value) terkini pada hari ini. Juga, tanya diri sendiri bila kali terakhir jumpa.

Opsyen Kedua: Jika ejen sudah tidak aktif, anda boleh hidupkan akaun ‘online’. Ini boleh pergi ke mana-mana cawangan, minta untuk buka akaun ‘online’. Bila sudah mempunyai akaun, anda akan dapat pelbagai maklumat tentang status pelaburan anda.

Opsyen Ketiga: Telefon Khidmat Pelanggan. Beri maklumat yang diminta seperti nombor kad pengenalan. Anda akan diberi nombor akaun pelaburan anda. Dah dapat, pergilah ke mana-mana cawangan untuk tanya.

 

“Saya dah dapat dua maklumat, nak buat lepas ni?”

Setelah anda dapat, paling penting anda perlu tahu adakah dana itu memberi pulangan atau tidak.

  • Jika baru setahun melabur, negatif itu normal.
  • Jika sudah 3-5 tahun melabur, negatif itu kurang normal.

Anda boleh gunakan Novagni untuk melihat prestasi pelaburan.

Sebagai maklumat tambahan (Penafian: ini hanyalah pandangan berdasarkan dana-dana tertentu, dan bukan teori secara menyeluruh. Tidak boleh dipakai untuk semua dana):

  • Dana jenis ekuiti, hampir kebanyakan akan ikut prestasi Bursa Malaysia. Bursa naik, dana turun. Jika Bursa turun, dana itu naik secara relatif, maksudnya dana itu baik untuk melabur.
  • Dana memberi dividen. Dana memberi dividen adalah dana yang baik. Cumanya, untuk orang muda, agak kurang sesuai.
  • Dana fokus pada sektor tertentu. Dana yang sentiasa mengikut perkembangan sektor tertentu, adakalanya bagus, adakalanya suam. Baik ambil dana yang ada diversifi yang baik (ada dalam pelbagai sektor).
  • Dana yang terdedah pasaran global. Tak perlu tumpukan pada satu negara sahaja. Dilihat, dana yang terdedah pasaran global lebih memberi pulangan.

 

“Saya dah buat analisa. Dana saya ambil tidak memberangsangkan. Nak buat apa?”

Terpulang pada tuan punya badan.

  1. Jika anda merasakan, pelaburan itu berada dalam defisit (negatif) dan tidak capai matlamat, baik tunggu sebentar sehingga ‘balik modal’.
  2. Jika sanggup menerima defisit itu, rugi sikit untuk mencari peluang besar. Keluar dari dana tersebut dan buat analisa dana terbaik di pasaran. Masuk.
  3. Jika sudah memberi pulangan, tetapi pulangan tidak seperti dijangka. Keluar dari dana tersebut dan buat analisa dana terbaik di pasaran. Masuk.
  4. Jika sudah memberi pulangan, pulangan tidak tinggi tetapi capai matlamat dan ada potensi. Teruskan dengan dana tersebut sambil ‘monitor’ pelaburan tersebut dari semasa ke semasa.

 

Semoga anda celik mata sentiasa melihat prestasi pelaburan.

Jika hendak memerlukan konsultansi tentang pelaburan anda, boleh hubungi saya: o19-366o319.

 

Adib Yazid

Advertisement

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s