Cukai Wajib Bayar Walaupun Sudah Meninggal Dunia!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Beberapa bulan lepas, ada isu tular tentang satu surat mengenai seorang meninggal dunia, pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri menuntut baki hutang cukai yang masih belum dibayar.

(Penafian: Surat ini ditunjukkan sebagai pendidikan kepada umum sahaja, dan tidak menyalahkan mana-mana pihak termasuklah pihak LHDN dan tidak mewakili mana-mana badan atau syarikat)

Membaca komen netizen-netizen, ada mengatakan cukai mengalahkan zakat. Ada juga marah terhadap LHDN, mengatakan cukai pun masih perlu dibayar walaupun sudah mati dan mengganggap ini tidak adil

Soalnya, adil ke? Patut ke tuntut? Zakat tak tuntut pun?

Cukai Wajib Bayar Walau Sudah Mati.jpg

 

Zakat & Cukai : Kedudukan Tersendiri

Zakat adalah urusan diri dengan Allah. Zakat masih perlu dibayar, walaupun tidak dituntut oleh pihak zakat seperti badan Zakat Selangor atau badan pemungut zakat yang lain. Tak melunaskan zakat, akan ditanya di alam lain. Siapa kata akan terlepas?

Cukai adalah urusan rakyat dan negara. Cukai adalah bi-lateral perjanjian antara rakyat dan negara. Rakyat membayar untuk kemudahan awam seperti jalan dan sebagainya. Negara perlu menggunakan cukai dikutip untuk melaksanakan aktiviti pembangunan dan keharmonian.

 

Cukai Masih Perlu Dibayar?

Ya, masih perlu. Kalau lumpuh tetapi beroleh hasil keuntungan, wajib perlu membayar cukai. Tapi ada pelepasan. Jika masih berhutang, dalam undang-undang percukaian memang menuntut warisnya membayar cukai jika individu terbabit meninggal dunia. Kedengaran agak kejam tetapi ini untuk keadilan semua rakyat.

Sebagai contoh, satu individu nama Abu mempunyai cukai tertunggak RM100,000. Sedangkan masa hidupnya, menikmati hasil yang banyak tanpa membayar cukai. Ada individu lain, membayar cukai tepat pada masanya.

Abu meninggal dunia, cukai sepatutnya dibayar di’-waive’ kan. Adakah itu keadilan yang hendak diperjuangkan?

Memang dalam pengurusan harta pusaka, cukai adalah antara perkara yang perlu diselesaikan. Lihat carta dibawah.

Pengurusan Harta Pusaka

Tertib dalam pengurusan harta pusaka

 

Sebaiknya sebagai seorang Muslim, rancanglah pengurusan kewangan dengan baik dan berhemah. Soal cukai perlu dimasukkan sekali. Selesaikan juga hal pengurusan harta pusaka supaya tidak membebankan waris dengan hutang yang bakal ditinggalkan.

Nota: LHDN telah membuat kenyataan mengatakan bahawa nama yang tertera dalam surat berkenaan masih hidup dan belum meninggal dunia.

 

Adib Yazid

 

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s