Financial Planner : Cabaran Baru Yang Bakal Datang?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Keperluan seorang perancang kewangan pada waktu ini di Malaysia belum mencapai tahap yang memuaskan. Ramai beranggapan seorang perancang kewangan, hanya menjual produk-produk sahaja seperti unit amanah (Unit Trust), takaful, insuran dan penulisan wasiat.

Bagi diri saya, pendapat peribadi, perancang kewangan masih baru. Masih di fasa pengenalan. Masyarakat masih belum bersedia menerima nasihat daripada seorang individu bernama ‘Financial Planner’.

ADIB YAZID SC Use Only Licensed Financial Planners.jpg

Akan tetapi, keperluan mengenai Financial Planner telah dirancakkan dalam industri dengan sokongan badan seperti Securities Commission. Malah, hari ini juga Bank Negara Malaysia juga menggalakkan tentang Financial Advisor.

ADIB YAZID Financial Planner Change Business Model.jpg

Kenapa semua ini diperkenalkan?

Satu, supaya pelanggan produk kewangan mendapatkan khidmat nasihat atau penerangan yang tidak ‘bias’ kepada nama syarikat sahaja. Di mana, keadaan sebelum ini, kalau jumpa ejen syarikat ABC, kita akan diberitahu tentang kebaikan pelan ABC sahaja.

Dua, meningkatkan pemahaman masyarakat di Malaysia tentang keperluan pengurusan kewangan. Sakit, kita akan jumpa doktor. Isu guaman, kita jumpa peguam. Isu masalah kewangan? Siapa yang akan membantu selain badan kelolaan kerajaan seperti AKPK?

Seorang Financial Planner atau Financial Advisor telah melalui ratusan jam pembelajaran secara sistematik dan pelbagai ujian untuk melepasi kelayakan. Itu baru kelayakan, belum lagi melepasi tahap perlesenan.

Baca: Shariah Registered Financial Planner

Ketiga, meningkat profesionalisme di kalangan individu terlibat dalam industri kewangan. Dulunya, ejen hanya sekadar ejen. Ejen dikatakan lebih bersifat ‘pushy’ dan tidak jelas (lack of transparency) dalam menerangkan satu perkara. Jika ejen-ejen (unit amanah, takaful, insuran, wasiat), melengkapkan diri dengan kelayakan ditawarkan, industri ini akan lebih memfokuskan keperluan pelanggan itu sendiri.

Salah Guna Financial Planner Financial Advisor.jpg

Banyak salah laku, ejen-ejen menggunakan Financial Advisor atau Financial Planner tanpa kelayakan dan perlesenan.

 

Adakah anda, sebagai seorang pelanggan produk kewangan lebih suka berjumpa dengan ejen yang hanya orientasi pada satu produk sahaja (dan satu syarikat) atau pada Financial Advisor / Financial Planner yang mempunyai akses pelbagai produk kewangan?

 

Adib Yazid

 

 

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s