Ibadah & Muamalah: Kad Kredit Islamik Caj Lewat Denda

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Baru-baru ini saya menghadiri satu kelas kewangan Syariah. Ada satu soalan diutarakan oleh seorang murid mengenai perbezaan Ibadah dan Muamalah, dan mengenai soal kad kredit islamik yang mengamalkan caj jika lewat pembayaran.

Islamic Finance Adib Yazid.jpg

Saya tertarik bagaimana jawapan itu dikupas.

Ibadah adalah hubungan manusia dengan Allah. Manakala Muamalah adalah hubungan manusia dengan manusia.

Contoh kupasan untuk Ibadah, adalah minum arak.

  1. Kita tahu minum arak hukumnya haram. Ini adalah hukum atau ‘fiqh’.
  2. Ali hilang di dalam hutan dan tiada air dijumpai beliau. Beliau amat dahaga dan kalau tidak minum beliau mungkin mati.
  3. Hukum atau ‘fiqh’ ada kelonggaran, untuk hidup kena minum.
  4. Ali terjumpa sebotol arak dalam hutan.
  5. Jadi, atas alasan untuk meneruskan hidup, Ali diharuskan untuk minum arak tersebut untuk sekadar menghilangkan dahaga.

Dalam kes Ali ini, bagaimana hendak mengambil keputusan yang mengatakan arak itu harus minum sedangkan ianya haram – itulah Qawaid Al – Fiqhiyyah atau kaedah-kaedah ‘fiqh’. Kaedah yang dipakai dalam contoh ini ialah benda susah menjadi kelonggaran atau ‘al mashaqah tajlibu attaysir’.

Contoh kupasan untuk Muamalah, adalah denda bayar lewat oleh bank.

  1. Bila kita berhutang dengan bank dan jika kita lewat bayar bayaran bulanan, bank akan caj ‘denda bayar lewat’.
  2. Caj ini sebenarnya adalah sejenis riba yang hukumnya adalah ‘haram;. Ia jenis riba jahilliyah, yakni riba di atas lewat bayar hutang.
  3. Di Malaysia, bank Islam bersaing dengan bank konvensional. Bank Islam baru berumur 30 tahun manakala bank konvensional telah bertapak di dunia selama 500 tahun.
  4. Bank konvensional akan caj pelanggan bank yang bayar lewat oleh yang demikian bank Islam juga dibenarkan untuk caj pelanggan bank Islam yang bayar lewat.
  5. Di sini ada hukum kelonggaran.
  6. Untuk mempastikan pelanggan tidak mendiskriminasikan atau memanipulasikan bank Islam, Majlis Penasihat Syariah (Bank Negara Malaysia) membenarkan bank Islam caj pelanggan yang bayar lewat.
  7. Apa beza bank Islam dan bank Konvensional? Caj pelanggan itu dikutip dan diberi kepada Baitulmal.
  8. Dalam kes ini, bagaimana hendak memutuskan, sedangkan ianya haram pada asalnya. Itulah Qawaid Al Fiqhiyyah.
  9. Kaedah yang dipakai dalam contoh ini adalah ‘benda sempit menjadi luas’ atau ‘iza dhaqa ittasia’.
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s