Perjanjian Sewa Rumah – Perkara WAJIB atau TAK PERLU?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Perjanjian adalah satu ikatan antara dua pihak. Perjanjian sewa rumah adalah perjanjian antara tuan rumah (pemilik) dan orang yang menyewa rumah. Tujuan perjanjian sewa rumah adalah menjaga kebajikan kedua-dua pihak.

Boleh melindungi penyewa jika tuan rumah buat perkara yang menjengkelkan atau melindungi pemunya, jika penyewa buat hal. Tetapi adakah perjanjian itu ‘sah’ dari segi undang-undang?

 

Perjanjian Sewa Rumah

Setelah anda mempunyai penyewa, segerakan membuat draf perjanjian sewa rumah. Ada banyak dalam Internet. Jika hendak dalam bahasa Melayu, boleh email kepada saya; dandelinoid@gmail.com. Boleh saya beri ‘soft copy’. Sebaiknya, jadilah tuan rumah yang baik supaya dapat penyewa yang baik – insha Allah. Ini bukan jaminan.

Jaminan Allah, buat baik di balas baik. Itu sahaja.

Sebaiknya jumpa penyewa, berdepan-depan. Sembang kedai kopi pun tak apa. Tanya dia nak macam mana dalam perjanjian. Apa dia nak, apa dia perlukan. Luahkan pula apa niat kita, apa yang kita mahukan daripada penyewa.

Mula-mula tulis dalam kertas pun tak apa. Kalau dapat tandatangan atas kertas tu dah kira cantik. Tapi masih belum ‘valid’. Ini hanya ‘act of gentleman’ sahaja. Lepas itu, bukalah ‘laptop’ ke, buat perjanjian itu depan-depan. Kalau malas, balik rumah dulu. Draf perjanjian. Selepas draf, bagi ‘softcopy’ baca. Bagi dalam bentuk PDF, lagi bagus.

Perjanjian Sewa 001.jpg

Apabila penyewa setuju, kita pun setuju. Print dua perjanjian. Satu untuk penyewa, satu untuk pemunya rumah. Dua-dua turunkan tandatangan. Ada saksi lagi bagus.

Perlu ingat, sampai sini perjanjian sekadar perjanjian. Tak ada kesahihan lagi. Nak buat macam mana?

 

Pergi ke LHDN. Cop Setem Hasil.

Bawa dua perjanjian tersebut ke mana-mana cawangan LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri). Pergi kaunter, cakap nak Setem Hasil. Nanti dia minta isi borang. Isilah borang tu. Macam ni borang tu.

Perjanjian Sewa 002

Dalam tu ada banyak kategori.

Pilih kotak ‘Sewa / Pajakan‘.

Kalau bukan kita yang datang, hantar wakil je. Tulis nama wakil di atas tu. Lepas tu tulis isi kandungan perjanjian, yang paling penting perjanjian itu antara siapa dengan siapa. Kedua-dua nama perlu ditulis.

Tulis pula tarikh perjanjian, biasanya akan ikut yang depan perjanjian. Jadi, penting pilih tarikh perjanjian. Nanti dia akan tanya, berapa amaun sewa. Kalau tak tanya, dia akan rujuk isi kandungan perjanjian, biasanya di belakang Jadual 1 atau Jadual 2.

Amaun ini penting jika nak deklarasi dalam borang percukaian.

Nanti dia akan cop, kemudian bayar. Untuk dua-dua perjanjian sewa dalam linkungan RM50.

Maka perjanjian itu barulah ‘valid’ dan sah.

Bagilah satu pada penyewa.

Mudah bukan?

Mudah kalau penyewa pun baik. Semoga siapa yang jadi pelabur rumah tu, doa-doa dapat penyewa yang baik.

Adib Yazid

Advertisement

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s