Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Kesedaran mempunyai insuran / takaful semakin hari semakin diterima oleh masyarakat kita. Ini adalah tanggungjawab semua. Dari tugas seorang ejen, sebuah syarikat takaful / insuran, agensi kerajaan, pihak media dan pemimpin negara. Akan tetapi, keengganan terhadap memahami apa itu insuran / takaful ada individu masih menebal.
Antara perkara menyebabkan perkara ini terjadi kerana kurangnya pula kesedaran memahami.
Perlu ingat. Mempunyai satu perkara, memahami satu perkara lain. Dalam memahami apa itu insuran / takaful, perkara paling penting adalah apa yang tidak dilindungi di bawah perlindungan insuran / takaful.
Baru-baru ini, perkongsian oleh Ezwan Zamzuary telah menceritakan tentang satu perkara yang tidak dilindungi bawah perlindungan insuran / takaful iaitu tukar cadar.
Ini adalah apa yang dikongsikan beliau di Facebook, Ezwan Zamzuary.
“Encik nak tukar bedsheet?”
Pagi-pagi jururawat dah datang tanya.
Kau pun pagi-pagi, mata masih bengkak tak boleh buka menahan mengantuk, kau pun iyekan saja.
Nasihat saya, kalau kau orang nak jimat, dan kau orang masih rasa selesa dengan cadar katil tu, kau orang tolak saja la tawaran tu.
Kalau kau orang sakit dan duduk di hospital swasta, soalan ni biasa kau dapat. Servis mereka bagus. Kalau boleh, dia nak layan kau bagaikan raja. Kalau boleh, tiap-tiap pagi dan petang dia akan kutip sampah. Kalau boleh tiap pagi dia nak ganti cadar.
Kalau kau orang perasan, kebanyakkan cadar hospital swasta sekarang dah diganti dengan cadar pakai buang. Kalau kau orang masuk hospital bukan kerana pendarahan teruk yang menyebabkan cadar cepat kotor tercalit darah, dan menyebabkan kau orang tak selesa lagi baring atasnya, tak perlulah tukar cadar tu.
Sebabnya, tiap kali mereka tukar cadar tu, kau orang dikenakan caj. Caj beli cadar yang mereka akan buang. Untuk pengetahuan kau orang, caj tukar cadar pakaibuang ni tak dibayar oleh syarikat insuran. Sepengetahuan saya, tak ada satu syarikat insuran pun akan bayar caj tersebut.
Sebagai rujukan, masa saya di Hospital Tropicana, Kota Damansara, untuk sarung bantal, kau orang akan dicaj RM6.30 x 2 (sebab biasanya kita akan dapat 2 unit bantal). Manakala untuk lapik cadar pula, caj yang dikenakan adalah sebanyak RM21.96. Itu untuk sekali tukar. Kalau kau orang tukar hari-hari, banyak juga woih.
Walau kau ambil kad medikal 100% cover sekalipun, caj ini tidak tertakluk. Kau bayar sendiri. Inikan pula kalau kau orang tak ada kad medikal.
EZ
Jadi, moral di sini – jika ada tawaran tukar cadar katil, cuba tanya adakah ini percuma atau akan dimasukkan ke dalam bil hospital sendiri. Bila masuk bil sendiri, ini tidak dilindungi bawah perlindungan insuran / takaful.
Perlindungan perubatan insuran / takaful, berhak melindungi perkara yang ‘direct’ terhadap rawatan pemulihan. Tukar cadar tidak membantu dalam pemulihan.
Fahamilah polisi insuran / sijil takaful sendiri.
Selamat membaca!
Adib Yazid