Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Ilmu kewangan adalah ilmu kewangan yang sangat meluas. Ilmu ini bukan sekadar tentang aliran tunai, aset dan liabiliti. Ilmu ini merangkumi aspek pengurusan risiko (insuran dan takaful), pelaburan, cukai dan zakat serta terakhir, harta pusaka.
Ada beranggapan bahawa bebas kewangan adalah satu mitos.
Adakah itu betul?
Fasa-Fasa Kewangan
Bebas kewangan atau dalam bahasa Inggerisnya, Financial Freedom adalah bukan perkara mitos. Sudah ramai di luar sana menikmati perkara ini. Malah, idea bebas kewangan sudah menjadi impian budak-budak muda.
Bebas kewangan bukan perkara mustahil tetapi laluan mungkin panjang.
Ini adalah ‘roadmap’ atau ‘blueprint’ bagaimana hendak mencapai fasa bebas kewangan.
Kalau lihat disini, ‘roadmap’ ini mengajar kita untuk capai fasa kewangan efisiensi. Tujuan utama adalah untuk memastikan aliran tunai setiap bulan positif terlebih dahulu.
Sudah ada lebihan, kita sudah boleh melaksanakan pelan penghapusan hutang. Kemudian, kita perlu cipta pendapatan pasif.
Akhir sekali, pendapatan pasif ini akan sama dengan perbelanjaan bulanan kita. Itulah pengertian sebenarnya bebas kewangan.
Proses ini bukan proses berlaku dalam semalaman sahaja. Proses ini mungkin masa bertahun-tahun. Paling penting, segala sesuatu bermula dengan niat dahulu. Sudah berniat, senang nak dirangka jalannya.
Buat satu persatu. Sedikit demi sedikit.
Insha Allah.
Adib Yazid