Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Bisnes adalah entiti perniagaan. Entiti ini boleh jadi satu perkara yang kecil atau perkara yang besar. Entiti seperti Nestle, Celcom Axiata dan pelbagai, adalah entiti besar. Entiti kecil macam mana pula?
Entiti kecil adalah seperti jualan pisang goreng, jualan taufufa, jualan burger dan macam-macam lagi. Bisnes ini biasanya dimulakan sebagai ‘enterprise’ atau lesen perniagaan tunggal. Bisnes sebegini, ada pendapat mengatakan bukan entiti bisnes yang sebenar berbanding Sendirian Berhad.
Sebenarnya entiti ini, masih sebuah entiti perniagaan yang betul. Cumanya, pengurusan kewangan sebuah ‘enterprise’ menyebabkan entiti ini lebih rapuh.
Baru-baru ini, saya pergi ke Maybank atas urusan peribadi.
Saya dapat ilmu baru, tentang pengurusan tunai perniagaan kecil. Sebaiknya, sebagai seorang usahawan atau pengusaha perniagaan buat perkara asas dulu – susun kewangan syarikat.
Ini adalah panduan yang saya rasakan amat membantu peniaga kecil di tepi jalan.
Adib Yazid