Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Isu kenaikan harga kad medikal menyebabkan caruman bulan Takaful meningkat, menjadi satu bualan baru di kalangan ejen-ejen insuran/takaful. Malah, perkara ini telah menjadi isu hangat di antara pemegang atau pencarum insuran/takaful.
Adakah ini efek terhadap satu syarikat insuran/takaful sahaja, atau hampir kesemua syarikat lain?
Jawapannya, boleh terjadi kepada mana-mana pemegang polisi insuran / sijil takaful.
Secara mudahnya, kenaikan terhadap caruman sijil takaful/polisi insuran, saya rumuskan terhadap tiga faktor.
#1. Inflasi Kos Perubatan. Diunjurkan bahawa sejak tahun 2015, inflasi perubatan adalah sebanyak 12%.
#2. ‘Revision’ terhadap kos konsultansi doktor. Ada perubahan terhadap kos konsultansi, lagi-lagi konsultansi doktor pakar. Ini memberi impak.
#3. Impak selepas pasca GST. Memang pada dasarnya, GST dikhabarkan tidak memberi impak terhadap kos perubatan. Perlu ingat, perkara lain seperti kos pengurusan meningkat, secara tidak langsung memberi impak keseluruhan kos perubatan.
Apabila kos perubatan meningkat, ini menyebabkan setiap tuntutan memakan bahagian besar dalam tabungan takaful (tabarru). Oleh itu, untuk memastikan kelangsungan tabung itu boleh digunakan pada ahli pemegang takaful pada masa akan datang, peningkatan ini dikenakan kepada pemegang sijil takaful.
Oleh itu, tiada jaminan sebenarnya bahawa caruman takaful akan sentiasa sama sepanjang 20 tahun. Benda ini sudah diterangkan di PDS (Product Disclosure Sheet) atau SI (Sales Illustration). Cuma, perkara ini jarang diterangkan oleh ejen-ejen.
Adib Yazid