Boleh kah pakai DUA Kad Medikal, untuk satu kes perubatan?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ada Dua Kad Medikal Perubatan

 

Saya dapat soalan:

“Ada kad medikal mempunyai had tahunan RM30,000 sahaja (kad medikal yang lama, sekitar awal tahun 2000). Bil discharge, nilainya RM41,000. Pelanggan ada kad medikal lain, boleh ke pakai untuk baki yang belum dilunaskan guna kad medikal kedua?”

Jawapan saya;

  • Lihat kad medikal kedua, berapa pula had tahunannya.
  • Telefon pihak insuran / takaful kad medikal kedua. Ada pihak insuran / takaful membenarkan hanya untuk membayar baki yang tidak dilindungi bawah kad medikal pertama.
  • Biasanya, pihak hospital kurang gemar atau tidak mahu langsung ‘split bill’. Maksudnya, ada dua bil yang beri amaun RM41,000.
  • Ini kerana, pihak hospital tidak gemar untuk keluarkan dua Guarantee Letter untuk satu perkara.
  • Ada pihak hospital, mencadangkan bayaran tunai untuk baki. Bukan gunakan GL lain.
  • Cara lain, membatalkan GL kad medikal pertama dan menggunakan GL kad medikal kedua.
  • Isu lain, pihak hospital kurang gemar untuk menukarkan GL untuk satu kes yang sudah berlaku.
  • Ada yang berpendapat, pihak staf hospital yang tidak mahu lakukan begini. Walhal secara teknikal dibenarkan.
  • Apa-apa pun ianya bergantung pada polisi hospital untuk urusan dua kad medikal.

 

Soalan ini boleh diutarakan tepat kepada pihak hospital. Ini berdasarkan pengalaman dan pengetahuan daripada rakan-rakan senior dalam industri insuran / takaful.

 

Adib Yazid

Advertisement

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s