Hospital UKM : Hospital Awam atau Hospital Swasta?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Baru-baru ini ada pelanggan bertanya kepada saya, apabila tersebar di ruang maya tentang hospital UKM, sudah jadi panel kepada syarikat takaful, Prudential BSN Takaful. Ada keliru, sebab kebiasaannya takaful perubatan hanya memberi perlindungan kepada panel.

Jika bukan panel, perlu melalui proses ‘pay & claim’. Ramai yang sudah faham bahawa, kebanyakan hospital panel adalah hospital swasta.

Hospital UKM Prudential

Bagaimana pula dengan gambar ini?

Gambar ini sudah terang, menyatakan bahawa Hospital UKM adalah salah satu panel.

Kalau siapa faham tentang Hospital UKM, hospital ini adalah antara hospital digemari ramai disebabkan banyak pakar-pakar berada di sini.

Saya juga pernah mengalami perkara yang sama, apabila pelanggan saya mengalami kemalangan, rawatan awal dibuat di hospital swasta, iaitu di Gleneagles. Disebabkan, keadaan itu perlu serius, beliau telah dipindahkan ke hospital UKM atas dasar kepakaran berada di situ.

Hospital ini, secara mudah untuk terangkan, mempunyai bahagian bawah pentadbiran awam dan swasta (private wings). Oleh itu, kalau masuk ke hospital UKM, nak perkhidmatan yang lebih baik boleh ‘request’ untuk ke ‘private wings’. Di situ, cajnya tidak sama dengan caj biasa. Lebih berkos.

Kalau nak sihat, apa sahaja boleh jadi.

Jadi, ini langkah bagus syarikat Prudential BSN Takaful menjadikan hospital UKM sebagai panel. Saya suka, pelanggan suka.

Adib Yazid

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s