Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Cukai adalah isu yang sangat sensitif. Cukai adalah perkara yang wajib ambil tahu dalam pengurusan kewangan secara holistik dan efektif.
Saya pernah ditanya, apabila melakukan sesi Personal Coaching (PC), ada pasangan menanyakan, samada patut melakukan ‘tax claim’ secara berasingan atau disekalikan. Jawapannya, bergantung pada pendapatan diterima dan situasi.
Baru-baru ini, dalam media sosial Facebook, ada seseorang menunjukkan pengiraan antara ‘tax claim’ secara asing atau bersama.
Melalui pengiraan di atas, menunjukkan dengan jelas, jika Ali dan pasangan buat ‘tax claim’ bersama, mereka perlu membayar cukai RM1,696.20.
Sebaliknya, jika berasingan, En. Ali bakal menerima RM1,500 daripada jumlah PCB (potongan cukai berkala) dan pasangan En. Ali menerima RM319.80.
Adakah secara berasingan sesuatu yang baik?
Tidak tentu. Sekali lagi, bergantung pada situasi. Segala maklumat yang lengkap perlu untuk pengurusan cukai pendapatan peribadi.
Adib Yazid