Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Saya terbaca satu komen dalam komentar Facebook. Ini yang menarik perhatian saya.
Perbezaan FAR & IFA, malah FA itu sendiri masih belum jelas sepenuhnya. Malah, perbandingan antara FA dan Ejen, menggunakan nilai jualan setiap bulan, juga bukan sesuatu yang boleh dibandingkan sebenarnya.
Perkara ini pernah dijelaskan;
Ejen adalah mengikat kontrak dengan Prinsipal, contoh satu syarikat insuran / takaful. Ada syarikat menetapkan, jika mahu menjadi ejen pada tahun berikut bagi mengekalkan kontrak, perlu memenuhi kriteria tertentu. Paling utama, berapa jualan yang perlu dibawa masuk.
Malah, ejen dikatakan mewakili pelanggan, walhal secara teknikalnya, bukan. Ianya mewakili syarikat prinsipal itu sendiri. Apabila terjadi isu guaman atau ketidakpuashatian, pelanggan tidak boleh menyalahkan ejen. Jika masih hendak salahkan ejen, paling tidak pun, ejen akan di-terminate oleh prinsipal.
Ejen pula, bermula pada tahun 2018. Pengenalan Balanced Score Card, untuk ejen memang memerlukan ejen aktif menghantar permohonan takaful / insuran hampir setiap bulan, supaya untuk menikmati komisyen yang penuh.
Manakala, FAR tidak.
FAR, teknikalnya memang seorang yang individu yang mewakili pelanggan. Jika ada isu tidak puas hati, pelanggan boleh menyalahkan FAR kerana memberi khidmat nasihat yang tidak betul. Oleh itu, hendak jadi FAR bukan perkara senang sebenarnya.
Sebab itu FAR perlu mengambil perlindungan nama profesional (professional indemnity).
Malah, Balanced Score Card tidak menetapkan tentang jualan sebulan atau tahunan. Tetapi sangat penting, FAR memberi penekanan pilihan kepada pelanggan untuk membuat perbandingan. Kerana FAR memang mempunyai kredibilti untuk membandingkan 10 atau lebih, pelan insuran / takaful daripada pelbagai syarikat.
Saya tak sabar menantikan 2018, sebenarnya.
Adib Yazid