Kesihatan – Amanah Harta Yang Paling Mahal

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Apabila berada dalam bidang kewangan, kerap soalan seperti begini ditanyakan. “Mana tempat pelaburan paling bagus?” “Mana beri pulangan terbaik?” “Apakah instrumen pelaburan yang sangat terbaik?”.

Kewangan kerapkali disandarkan kepada ‘material’. Sesuatu yang bernilai dan ternilai. Boleh didagangkan, dijual beli dan boleh dilihat. Baru-baru ini saya berkesempatan menonton filem dokumentari ringkas, satu jam lebih mengenai aset paling berharga pada masa sekarang dan akan datang – kesihatan yang baik.

Kehidupan Sihat Adib Yazid.jpg

 

Hidup Sihat, Kekal Sihat

Kehidupan yang sihat bukanlah semata-mata aktiviti seharian makan sayur dan buah-buahan sahaja. Ianya adalah perkara menyeluruh. Ianya adalah aspek mental dan fizikal sendiri. Menjaga kesihatan, bermaksud menjaga tubuh badan dan pada yang sama menjaga ketajaman fikiran, kemampuan berfikir lebih baik.

Kehidupan hari ini dikatakan sangat berimpak tinggi, berada dalam keadaan fasa penuh kelajuan dan serba pantas. Ini boleh menimbulkan stres (tekanan). Oleh itu, kesihatan yang baik sangat diperlukan di dunia moden ini, untuk mempunyai prestasi kerja yang tinggi dan boleh mencapai kejayaan.

 

Di Asia, Malaysia mempunyai rakyat obesiti paling tinggi. Angka ini menjadi 4 kali ganda sejak dua tahun lepas. Sumber: National Health & Morbidity Survey.

 

Sudah tiba masanya kita perlu mengambil berat sepenuhnya tahap kesihatan sendiri. Ini adalah beberapa perkara yang saya pelajari sepanjang menonton filem tersebut.

 

#1. Makan sarapan yang mempunyai protein yang tinggi. Ini untuk mengurangkan perasaan makan yang banyak pada hari tersebut. Alamatnya, perasaan makan kurang, jadi kalori pemakanan yang diambil pun kurang.

#2. Minum air secukupnya sebelum menjamah makanan. Disarankan minum air masak yang banyak setengah jam daripada waktu makan, ini boleh membantu mengurangkan berat badan.

#3. Makan makanan ‘whole food’. Bermaksud makan makanan yang bukan diproses atau melalui proses pengilangan, seminima yang mungkin. Cari makan makanan yang kurang perisa tambahan, pewarna dan bahan-bahan pengawet.

#4. Makan dengan perlahan-lahan. Ini adalah mudah dan disarankan oleh agama. Makan dengan laju tidak memberi badan peluang untuk mencernakan makanan. Jika makan perlahan-lahan, makan akan senang dicernakan dan rasa lebih penuh.

#5. Guna pinggan yang kecil. Ini adalah perangkap minda. Pinggan kecil, menunjukkan sudah mencukupi makanan yang ada dalam pinggan berbanding pinggan besar.

#6. Jaga pengambilan kalori makanan. Tentukan kalori yang diperlukan badan setiap hari. Makan kurang daripada keperluan badan.

#7. Tiada air minuman manis dan minuman berjus. Ramai orang salah sangka, minimum jus untuk mengurangkan berat badan. Perlu tahu, dalam buah pun ada gula. Kalau nak turunkan berat badan, kurangkan minuman manis dan jus sebaik mungkin (atau langsung).

 

Ini adalah panduan ringkas sahaja.

Walaupun saya kerap menasihati individu bagaimana urus kewangan yang lengkap, perlu tahu juga badan yang sihat diperlukan untuk menikmati kewangan yang baik.

Jagalah kesihatan supaya dapat menikmati perancangan kewangan.

Adib Yazid

 

Advertisement

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s