SOALAN
As Salam. Saya telah membaca artikel tuan berkenaan hibah. Dan juga membaca beberapa artikel lain.
Saya ingin bertanyakan status berikut dan ia telah terjadi. Waris-waris tidak berpuashati dengan cara pelaksanaanya.
Suami telah menamakan Isteri Adalah penerima polisi Takaful Dan di Hibah kepada isterinya. Dalam kes ini berlaku kemalangan serentak kedua-dua suami isteri meninggal.
Apa yang saya baca hibah berkenaan tidak terjadi sebab harta/pampasan belum terwujud dan tiada akad dapat dibuat. Apakah tetap hibah diterima pakai dan disebut menjadi harta pusaka isteri. Pihak-pihak waris isteri menuntut untuk di faraid antara ahli keluarga.
Apa jalan penyelesaian perkara ini?
Kedua-dua arwah meninggal kan anak-anak dibawah umur.
Harap dapat maklum balas. Terima kasih. En Roslan
JAWAPAN
Pertama sekali, kena faham konsep Hibah dan Takaful.
Hibah adalah pemberian, masa hidup antara dua orang. Ada pemberi dan ada penerima. Ada harta / barangan. Ada ijab dan kabul. Ini biasa.
Takaful pula sebenarnya bukan duit kita. Ianya adalah duit sumbangan orang ramai, jika seseorang ada bencana (kematian), dana ini akan membantu orang / waris tersebut. Harta ini wujud selepas kematian si mati.
Takaful menggunakan konsep Hibah Bersyarat.
Kerana harta ini tidak wujud ketika peserta takaful mengambil takaful, harta ini wujud bila kematian berlaku.
Ianya terpakai sejak Akta Kewangan Islam 2013. Ianya untuk Takaful sahaja. Ianya diterima sebagai benefisiari. Mutlak. Wang pampasan diterima sebagai creditor proof. Bila diterima melalui Hibah Bersyarat, ianya tidak perlu melalui Tertib Pengurusan Harta Pusaka di Malaysia.
Kalau hendak di-contest oleh waris keluarga bawah Faraid, ianya masih bawah akta ini.
Isu yang dilontarkan jika si peserta takaful (suami) dan penama (isteri) meninggal serentak.
Jika serentak, tak diketahui siapa meninggal dulu, guna perpetual law. Lihat siapa yang lebih berumur, dianggap meninggal dahulu.
Jika sudah tahu, isteri (penama) meninggal dunia 2 jam kemudian. Wang pampasan dana takaful, sudah menjadi milik isteri, oleh itu pampasan ini diberikan mengikut tertib pengurusan harta pusaka isteri.
Tertib ini tidak semestinya, terus ke Faraid.
Sini kena faham pula tertib harta pusaka. Ini adalah tertib-tertibnya.
- Khariat kematian. Belanja kenduri tidak boleh gunakan harta pusaka isteri.
- Hutang-hutang.
- LHDN dan Zakat, ada berpendapat ianya termasuklah Badal Haji.
- Harta sepencarian. *Ini bawah enakmen undang-undang Islam negeri.
- Wasiat. Ada dua wasiat. Wasiat pengurusan, siapa yang hendak menguruskan harta. Kedua, wasiat penamaan. Ini adalah permintaan simati untuk menguruskan harta. Jika pewaris bersetuju, alhamdulillah, senang pengurusan. Jika waris tidak bersetuju, si mati hanya tertakluk 1/3 sahaja daripada nilai harta.
- Faraid. Ini adalah jalan terakhir.
Sebagai bapa, normal, risau segala harta tidak diturunkan kepada anak-anak, apatah lagi jika anak bawah 18 tahun.
Bawah faraid, anak ada hak. Cumanya ikut posyen ditetapkan bawah Faraid. Sepatutnya, orang dewasa siapa yang menerima duit tersebut perlu faham tanggungjawab terhadap anak kecil.
Faraid sudah istimewa sebenarnya. Cuma sebagai seorang Muslim perlu mendalaminya sebaik-baik.
Buat trustee adalah satu option nak buat.
Terpulang.
Adib Yazid