IFP Islamic Financial Planner di Universiti Utara Malaysia (UUM)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah, apa yang saya nampak ramai sudah buka mata untuk menambah pengetahuan secara formal dalam bidang kewangan. Malah, rata-rata sudah mengatakan hasrat hendak meneruskan ke bidang kewangan lebih serius dengan menjadi FAR (Financial Advisor Representative) dan FPR (Financial Planner Representative).

Sebenarnya, perkara perlu tahu adalah kelayakan (certification) dan perlesenan (licensing).

Islamic Financial Planner UUM Adib Yazid.jpg

 

Certification / Kelayakan untuk Menjadi FAR atau FPR

Buat masa sekarang, tahun 2017, untuk menjadi FAR / FPR; individu itu perlulah layak dari segi kelayakan profesional. Setakat ini, ada EMPAT kelayakan yang diiktiraf (yang difahami oleh saya sendiri dan memudahkan untuk penerangan). Iaitu:

  1. Registered Financial Planner (RFP untuk konvensional).
  2. Shariah Registered Financial Planner (ShRFP untuk Islamik).
  3. Islamic Financial Planner (IFP, Islamik).
  4. Certified Financial Planner (CFP, Konvensional).

(Selepas ini saya menggunakan singkatan).

RFP dan ShRFP di bawah organisasi MFPC atau nama panjangnya, Malaysian Financial Planning Council bertempat di Bukit Kiara. (Ini saya akan ulas lebih lanjut modul-modul bawah RFP dan ShRFP, boleh baca di sini bawah ini).

Manakala, IFP di bawah IBFIM (Islamic Banking Financial Institution Malaysia). CFP lebih kepada antarabangsa. Ianya di bawah FPAM (Financial Planning Association Malaysia). Saya difahamkan modul ini boleh diambil di KDU.

Ini baru kelayakan, belum lagi boleh menggunakan ‘tittle’ Financial Planner / Financial Advisor. Selepas kelayakan, barulah anda boleh memohon lesen untuk menjadi Financial Planner / Financial Advisor Representative.

Saya akan ulaskan lebih lanjut mengenai perlesenan, di mana perlu lebih terperinci.

 

Isu Utama : Alasan Kenapa Masih Lewat

Isu utama, kepada individu yang mahu menjadi FAR / FPR, rata-rata memberi alasan begini.:

  • Tiada masa. Ya, kebanyakan modul memerlukan masa yang panjang untuk dihabis. Contohnya, RFP kalau mengikut modul boleh ambil masa berbulan-bulan lamanya. Begitu juga IFP (module-by-module) dan CFP. Boleh hampir setahun.
  • Kos yuran / per modul. Ya, modul-modul ini bukannya murah. Bukannya ratusan. Boleh jadi ribuan ringgit. Ini menjadi beban kepada ejen-ejen Takaful atau ejen-ejen Unit Amanah, atau sesiapa sahaja nak mengambil kelayakan.

Dua alasan ini selalu diutarakan kepada saya, kenapa masih melambat-lambatkan proses menjadi FAR / FPR.

 

IFP di UUM : Trek Pantas?

Saya sudah kongsikan sebelum ini, Shariah RFP Capstone adalah cara cepat nak mendapatkan kelayakan.

BACA – Shariah Registered Financial Planner: Opsyen Cepat & Berbaloi

IFP, Islamic Financial Planner asasnya adalah program latihan dan kelayakan untuk profesional atau eksekutif dalam pasaran kewangan Islam.

Program ini adalah kolobrasi antara IBFIM dan Financial Planning Association Malaysia (FPAM) dan mendapat kelulusan daripada Finance Accreditation Agency (FAA)

Ada perbezaan, IFP di IBFIM berpusat di Kuala Lumpur dan IFP di Universiti Utara Malaysia. UUM telah dilantik sebagai penyedia latihan IFP di bawah Islamic Business School (IBS). Program IFP di bawah UUM ada keistimewaannya. Program ini mirip IFP Challenge Status (hampir sama).

  • Lebih singkat. 4 hari belajar dan 2 hari menjawab peperiksaan.
  • Lebih padat. Dalam 4 hari, akan merangkumi kesemua modul bawah IFP. Tiada ruang untuk leka (bagi saya).
  • Lebih berbaloi. Berbanding program IFP di Kuala Lumpur, bagi saya lebih murah.

Saya mengambil IFP di UUM, atas dasar (1) Saya mahu cepat habiskan dan (2) Murah, berbanding program kelayakan lain (ShRFP Capstone atau CFP).

 

Kenapa Perlu Ambil IFP?

  • Boleh mohon perlesenan Financial Planner Representative (CMRSL License) bawah Securities Commision (SC).
  • Boleh mohon perlesenan Financial Advisor Representative (FAR License) di bawah Bank Negara Malaysia (BNM).
  • Boleh mohon lesen Takaful, jadinya tak perlu ambil Takaful Basic Examination (TBE) bawah Malaysian Takaful Association (MTA).
  • Boleh mohon lesen Insuran, Pre Contract Examination Insurance Agent (PCEIA) untuk bahagian A, B dan C.
  • Boleh mohon lesen Unit Amanah dan PRS. Tak perlu menduduki Computerized Unit  Trust Exam (CUTE).

Untuk sesiapa yang berminat dengan IFP ini, anda boleh muat turun brosur, surat tawaran dan borang permohonan. Boleh hubungi saya ( Whatsapp: 019 366 0319 )untuk bertanyakan pengalaman saya mengambil IFP di UUM.

Muat Turun

Disclaimer: Saya tidak mendapat apa-apa komisyen / ganjaran mempromosikan program IFP di UUM. Saya hanya berkongsikan cara cepat untuk mendapatkan kelayakan IFP, bagi memudahkan perjalanan menjadi FAR / FPR.

Advertisement

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s