Market Outlook & Strategi Pelaburan 2018

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Saya kongsikan pandangan saya. Mohon teguran dan pembetualan jika ada kesilapan yang perlu saya perbaiki. Semoga pendapatan ini ada manfaat utk tuan/puan/cik.

Saya berharap pandangan ini menemui anda dalam keadaan yg sihat sejahtera. Menghampiri penghujung tahun 2017, suka untuk saya berkongsi tentang dapatan daripada 2018 Economic Review anjuran Phillip Mutual Berhad yang menyentuh pasaran kewangan Malaysia dan Asia.

MALAYSIA
 
1) Price to Earning Ratio (P/E Ratio) Malaysia sekarang pada kadar 16% yg mana boleh dikategorikan rendah. Year-to-date (YTD) return KLCI (Kuala Lumpur Composite Index) adalah pada kadar 13.7%. Untuk rekod, KLCI mencatatkan negative return 4 tahun berturut-turut sebelum ini jadi ini satu perkembangan yg baik untuk market Malaysia.
2) Jumlah kemasukan pelabur asing adalah sebanyak RM 10.1 billion setakat September 2017.  Malaysia merupakan negara yang ‘favoured by foreign investor’ jika dibandingkan dengan negara Asean lain.
3) Malaysia sebahagian daripada program One Belt One Road (OBOR) oleh China dijangka akan mendapat tempias manfaat ekonomi China yang sedang berkembang (contoh High Speed Rail). Ini akan membiakkan kegiatan ekonomi di sepanjang jajaran OBOR di Malaysia. Industri yang dijangka akan mendapat manfaat adalah sektor pelancongan (tourism), pembangunan (construction), perkilangan (manufacturing) dan semiconductor.
4) Malaysia dalam fasa untuk transform ke arah consumption-based nation yang mana rakyat akan terus berbelanja. Jadi ini selari dengan beberapa pengumuman Bajet 2018 yang akan menambah pendapatan rakyat dari sudut inisiatif seperti potongan cukai dan insentif. Teori yang mempengaruhi perkembangan ekonomi negara ialah ‘money multiplier effect’ jadi aliran wang adalah kunci utamanya.
CHINA, GREATER CHINA & ASIA
 –
1) Debt to GDP Ratio China adalah pada kadar 40%. Analogi mudahnya jika dapat gaji RM 100, RM 40 akan digunakan untuk membayar hutang dan liabiliti dan selebihnya adalah untuk perbelanjaan atau disposable income. Maknanya, mereka ada lebihan wang untuk dibelanjakan dan sekali lagi berdasarkan teori ‘money multiplier effect’, ekonomi China akan dijangka terus berkembang.
2) Populasi terbesar ketika ini di China ialah di kalangan generasi ‘millennials’. Dan generasi ini sangat bergantung kepada teknologi. Hasilnya akan memberi kesan kepada Taiwan yang mana pasaran produknya adalah berfokuskan kepada teknologi. Industri seperti teknologi dan semiconductor dijangka akan mendapat tempiasnya.
3) Dan golongan millennials ini juga akan ‘boost private demand’ untuk China dengan consumption growth yg dicatat setakat ini pada kadar 55%.
STRATEGI PELABURAN 2018
Berdasarkan details di atas, trending market masih status quo iaitu di Asia Pacific (sebahagian daripada Emerging Markets), China & Greater China dan negara ASEAN yang mendapat manfaat daripada OBOR.
Manakala dari segi sector yang dijangka akan perform adalah:
1) Pelancongan (tourism)
2) Pembinaan (construction)
3) Perkilangan (manufacturing)
4) Barangan Pengguna (consumer product)
5) Teknologi (technology inclusive semicon industries)
Jadi untuk strategi 2018, saya akan streamline funds berdasarkan faktor geografi (Asia Pacific, China etc.) dan dan yang focus kepada sektor saya senaraikan di atas. Dan focus juga akan diberikan kepada fund yang melabur ke dalam small/med cap industries.
Antara dana yang dijangkan akan saya kekalkan dalam portfolio:
1) Eastspring Investments Islamic Small Cap Fund (pelaburan tunai sahaja dibenarkan)
2) Dana Makmur Pheim
3) Eastspring Investments Dinasti Equity
4) CIMB Islamic Asia Pacific Equity Fund
5) Eastspring Investments Dana Al Ilham (mula menunjukkan ‘rally’ selepas pelaburan ke dalam sector konsumer (Nestle) dan semiconductor (Inari Amertron))
6) Affin Hwang Aiiman Growth
7) Interpac Dana Safi (pelaburan tunai sahaja dibenarkan)
Dana berpotensi dalam pantauan:
1) MIDF Dana Amanah
2) BIMB i-Growth
Potensi market ialah syarat pertama (pre-requisite) dalam merangka strategi, kemudian barulah kita analisa past performance dana sebagai kayu ukur.
Semoga perkongsian saya ini bermanfaat utk tuan/puan. Sekiranya ada isu yang tuan/puan mempunyai kerisauan, saya alu-alukan tuan/puan untuk menghubungi saya supaya kita dapat berbincang dan mencari penyelesaian kepada masalah tuan/puan.
Saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.
(Market Outlook ini adalah pandangan peribadi semata-mata.)
Adib Yazid
Email: adibyazidtsi@gmail.com
Whatsapp: 019 – 366 0319

 

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s