SOALAN: Takaful Nyawa & Takaful Penyakit Kritikal.

Soal Jawab Bersama Adib Yazid Q&A“Assalamualaikum Tuan Adib.

Saya nak minta pencerahan sedikit berkaitan takaful.

Apa yang akan berlaku kepada polisi Takaful sekiranya pampasan CI yang mempunyai nilai sama dengan pampasan kematian, dan pampasan CI itu di-utilise sepenuhnya menyebabkan pampasan kematian turut habis/mencapai limit. (Ini bagi kes CI yg bukan additional).

Yang saya tidak pasti adakah polisi takaful itu akan tamat atau polisi masih berjalan seperti sediakala cuma tiada lagi pampasan diberikan sekiranya berlaku kematian?

Harap dapat beri pencerahan. Saya rasa lebih cakna dgn policy takaful yg diambil selepas membaca post-post tuan Adib. *Saya prefer untuk tanya Tuan Adib kerana sewaktu FFBR hari itu, Tuan Adib ada beri penerangan dalam slot takaful.”

.

Waalaikumsalam.

Mengenai pampasan takaful nyawa dan pampasan takaful penyakit kritikal (CI, Critical Illness). Perkara perlu faham di sini, accelerated atau tidak.

(Saya pun tak pasti, adakah terma ‘accelerated’ itu tepat. Kalau ada yang lebih tepat, boleh beritahu ya.)

Untuk pemahaman saya, kita berbicara tentang pampasan takaful nyawa dan takaful penyakit kritikal yang accelerated, bukan additional.

Untuk mudah, andaian Mr. A mempunyai satu sijil takaful begini:

a. Ini adalah sijil takaful berkaitan pelaburan (invesment linked)
b. Pampasan kematian: RM100,000
c. Pampasan penyakit kritikal: RM100,000
d. Waiver/Contributor: Ada

Selepas 10 tahun, Mr. A menghidapi salah satu penyakit kritikal. Bagi contoh, penyakit jantung. Ikutkan sijil takaful ini, Mr. A layak untuk menerima pampasan RM100,000. Sijil takaful ini masih aktif.

Kalau ada manfaat waiver / contributor, Mr. A tidak perlu untuk mencarum dalam sijil takaful lagi. Di sini tuan kena faham pula apa beza manfaat waiver dan contributor. Jika tiada manfaat ini dalam sijil takaful Mr.A pun, secara teknikal sijil takaful ini boleh diteruskan.

Selepas 20 tahun kemudian, ajal pun tiba. Mr. A meninggal dunia disebabkan faktor umur.

Ketika ini, Mr. A tidak menerima pampasan kematian. Kerana amaun pampasan kematian adalah ‘zero’. Akan tetapi, waris Mr.A masih layak menerima nilai tunai (cash value) daripada sijil takaful tersebut.

Berbalik soalan Tuan,

“Yang saya tidak pasti adakah polisi takaful itu akan tamat atau polisi masih berjalan seperti sediakala cuma tiada lagi pampasan diberikan sekiranya berlaku kematian?”

Sijil takaful itu tidak tamat, masih berjalan seperti biasa. Cuma tiada pampasan manfaat kematian diberikan. Hanya nilai tunai, itupun jika sijil takaful itu jenis berkaitan pelaburan (investment linked).

Wallahualam.

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s