Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Minggu lepas saya menghadiri satu sesi khas daripada seorang Fund Manager sebuah fundhouse. Beliau memberi sedikit perkongsian dan pengalaman bagaimana menguruskan sesebuah dana.
Ini apa yang telah saya rumuskan kepada beberapa poin penting sepanjang sesi bersama beliau selama 1 jam.
Sembang Kedai Kopi
1. Di Malaysia, siapa yang menguruskan syarikat, perlu tahu. Di Amerika, katanya, benda ni tak hairan. Steve Job atau Tim Cook. Kalau buat untung dan buat benda betul, syarikat itu dinilaikan bagus. Ini sebab kenapa AirAsia memerlukan Neelofa.
2. Apabila hendak melabur dalam unit amanah, saiz dana sebenarnya satu poin yang penting. Dana bersaiz 100M hingga 200M. Dana ini berpotensi membeli satu industri. Berbanding, dana yang kecil sekitar 10M sahaja. Tak cukup atau cukup makan nak beli ekuiti yang bagus.
3. Negara Arab, hanya memerlukan kos 18USD untuk mengeluarkan minyak. Di Malaysia, kosnya adalah 40USD. Maksudnya di sini, kita perlu faham kos dan untung dalam bisnes. Harga minyak dunia sama, tetapi ada syarikat minyak boleh survive ada yang tak boleh survive. Kerana apa? Kos.
4. Ramai orang tanya, adakah unit amanah lebih selamat daripada insuran? Sebabnya, duit unit amanah bukannya milik syarikat unit amanah. Ianya memerlukan syarikat Trustee untuk memastikan duit pelaburan tidak digunakan sewenang-wenangnya. Duit insuran adalah diletakkan bawah syarikat insuran. Kalau syarikat insuran jatuh?
5. Ini juga ramai tanya, selepas pilihanraya umum, pasaran akan naik / turun? Manusia adalah makhluk yang mempunyai imiginasi yang tinggi. Jika parti pembangkang menang? Banyak teori. Jika parti pemerintah menang? Banyak juga teorinya. Bagi seorang Fund Manager yang bagus sekalipun, ada dua perkara yang tidak boleh kawal. Pertama; bencana alam. Kedua; ahli politik. Kata-kata dan kerja ahli politik boleh mengubah dasar.
6. Ada tips untuk memastikan pulangan dana melebihi sesuatu indeks. Tips ini biasa digunakan oleh Fund Manager. Apabila membeli ekuiti sesebuah syarikat, biasanya tidak melebihi 10% daripada keseluruhan dana. Ada lebih ‘strict’, tidak melebihi 5%. Sebagai contoh, jika dana bernilai 100M, mungkin hanya 5M untuk membeli ekuiti syarikat A. Kenapa buat begini? Senang nak ‘dump’ atau jual jika ekuiti itu tak ‘perform’.
7. Mana satu dana unit amanah yang bagus? Soalan ini susah nak jawab. Cuma kita boleh ada langkah-langkah atu SOP sendiri. Beli saham pun, ada banyak teknik. Apatah lagi nak pilih unit amanah yang berkualiti.
8. Pilih unit amanah tak macam beli kereta. Kalau orang beli kereta, dia akan tengok design ya dulu. Lawa ke tidak. Menarik ke tidak. Dah OK, baru tengok harga. Harga mahal, terus tak nak tengok. Harga mampu atau murah, mungkin kita baru nak selak ‘brochure’. Design OK, harga OK, baru kita tengok dia pakai enjin apa, seat dia leather ke tidak, ABS ada ke tidak, AirBag ada berapa. Pilih unit amanah, adalah terbalik. Tanya dulu enjin apa, baru tengok design.
9. Macam mana tu? Tengok unit amanah, tak perlu sangat nak tengok syarikat unit amanah. Kita pilih satu dana nama dia ABC. Lepas tu tengok Top Ten Holdings (10 dana ekuiti tertinggi). Lepas tu tengok, setiap ekuiti tu. Ekuiti syarikat A1, A2 sampai A10. Apa syarikat tu buat. Ini memerlukan analisa Fundamental daripada saham. Lihat aktiviti syarikat, keuntungan. Belajarlah sikit.
10. Aktiviti bisnes perlu tahu sebab, aktiviti bisnes yang mendatangkan pulangan. Syarikat yang mengeluarkan minyak memang tak nak keluarkan minyak sekarang. Tapi pelantar perlu dijaga. Siapa nak servis? Syarikat yang menjalankan servis buat duit ketika ini. Pokoknya, perhatikan apa berlaku dalam negara kita, dasar negara kita, baca suratkhabar, tengok TV sikit, sembang dengan orang lain sikit. Bukan apa, nak tahu syarikat itu buat apa je.
Dah tahu semua ini buat apa?
Melaburlah!
Adib Yazid