Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Dah lama tidak menulis di ruangan blog sendiri. Kesibukan dengan dunia baru Financial Planner, menyebabkan tidak kesempatan hendak menyampaikan ilmu-ilmu tentang kewangan.
Oh ya! Seminggu lepas, sesiapa yang melabur secara ‘direct’ di pasaran saham dikejutkan dengan ‘correction’. Ada pakar berpendapat bahawa pasaran saham di US, sudah ‘overprice’. Kenaikan gaji pekerja di US menyebabkan ‘consumer spending’ di sana meningkat dan menyebabkan berlaku inflasi. Harga barang meningkat, juga menyebabkan ‘cost of borrowing’ meningkat. Oleh itu, dana untuk ‘capital expenditure’ juga meningkat.
Agak pening? Okay, abaikan.
Pemilihan Dana untuk Pelaburan Menggunakan Duit KWSP
Sudah ramai ejen-ejen unit amanah menulis tentang ini. Teknik-teknik melihat carta, membaca graf kononnya dan macam-macam lagi. Saya menulis ini, dari pandangan seorang yang naif dan baru lagi dalam Unit Amanah.
Seperti sedia maklum, pengeluaran KWSP untuk Unit Amanah, secara puratanya boleh keluarkan untuk 3-4 kali setahun. Ya, bermaksud setiap 3 bulan boleh keluarkan.
Soalan yang kerap ditanya; “Mana fund paling bagus untuk melabur?”
Soalan ini, saya biasa akan jawab bahawa fund-fund yang telah di-approved oleh KWSP itu sendiri, bagus untuk melabur. Kalau tak bagus, masakan sudah diluluskan oleh KWSP boleh dicarum oleh pencarum-pencarum, mengeluarkan sebahagian amaun di Akaun 1.
Jawapan ini, jawapan selamat.
Saya lebih suka menjawab soalan ini tanpa menggunakan teknikal. Sebab, rata-rata yang bertanya mahu tahu dana mana yang bagus. “Sebutkan satu nama.” – itu maksud mereka.
Saya sendiri sebagai pelabur di Unit Amanah, saya mempunyai dana yang dikatakan ‘favourite’ untuk melabur.
*Nota: Ini adalah dana kegemaran saya. Nasihat saya, melabur perlulah selari dengan matlamat kewangan masing-masing. Setiap orang mempunyai matlamat kewangan yang berbeza-beza. Perlu tahu profil risiko masing-masing terlebih dahulu.
Di Malaysia, banyak syarikat-syarikat pelaburan Unit Amanah. Saya akan memfokuskan dana yang patuh Syariah sahaja.
Ini yang ‘core’ (bagi diri saya, ya). Orang kata, perlu ada dalam portfolio pelaburan.
Eastspring Investment:
- Dana Al-Ilham
- Dana Dinasti
- Dana Dinamik
CIMB Principal Asset Management:
- Islamic Asia Pacific Equity
- Islamic Equity Agressive
- Islamic Al Azzam Equity
PHEIM Asset Management:
- Dana Makmur
- Dana Asia Ex Japan Islamic
MIDF
- Amanah Islamic
Selain di atas, ada lagi beberapa dana yang boleh dilihat sebagai ‘back up’ dana, jika masih tidak berminat kepada dana-dana di atas.
Affin Hwang Asset Management:
- Aiiman Growth
Untuk pengetahuan, Affin Hwang banyak menawarkan dana-dana secara pukal (wholesale), di mana lebih sesuai dengan individu ‘high net investor’.
AmInvest:
- AmIslamic Growth
- AmOasis Global Islamic Equity
Kriteria pemilihan dana ini untuk masuk dalam ‘favourite’ saya adalah, dengan ‘rating’ risk, boleh memberi pulangan baik. Bagi saya, ‘rating’ risk tersebut sesuai dengan saya.
Adakah dana ini sesuai untuk anda? Saya pun tak tahu!
Ada lagi beberapa dana yang bagus di luar sana, tapi sekali lagi saya ingatkan ianya bergantung kepada profil risiko masing-masing dan tanya, adakah kena dengan matlamat kewangan anda.
Adib Yazid
Perancang Kewangan Bertauliah
Hubungi: 019 – 366 0319