Strategi Unit Amanah – Park, Balance, Perform!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

“Kenapa perlu 3 tahun?”

Ini adalah soalan, kenapa saya memilih angka 3 tahun sebagai tempoh untuk buat keuntungan melalui unit amanah.

Sebelum saya cerita lebih lanjut, saya adalah Perancang Kewangan yang mempunyai akses lebih 250 jenis dana unit amanah di pasaran kewangan. Oleh itu, mempunyai banyak opsyen tempat pelaburan. Jadinya, tidak ‘bias’ terhadap satu syarikat sahaja.

Pendapat saya, apabila hendak melabur mesti ada dua pelan ini:

  1. Pelan bila hendak melabur.
  2. Pelan bila hendak exit (menikmati keuntungan).

Biasa, sebagai pelabur amatur hanya memikirkan bila nak masuk sahaja. Jarang sekali memperihalkan bila hendak menikmati keuntungan.

Setiap individu entiti pelabur ada strategi masing-masing. Saya juga mempunyai strategi sendiri.

Panduan Memilih Unit Amanah

Park, Balance, Perform

Saya mula melabur di Unit Amanah sejak tahun 2011. Ini pun saya belajar daripada pelbagai buku dan disulami dengan pengalaman sendiri yang tidak seberapa. Ini hanya perkongsian, dan bukan rujukan mutlak.

Setiap kali melabur di Unit Amanah;

Tahun Pertama – Park : Saya akan membuat sedikit ‘homework’, tentang sesuatu dana. Kemudian, saya akan masuk. Biasanya, saya akan lihat pergerakan ‘harga’ unit amanah tersebut. Kalau terlalu mahal, itu bukan pilihan dana saya. Ini insha Allah saya akan ulas akan datang. Saya hanya letakkan amaun pelaburan yang saya mampu dan kehendaki pada permulaan pelaburan.

Tahun Kedua – Balance: Saya akan ‘monitor’ pelaburan saya, adakah sentiasa selari dengan matlamat kewangan saya. Misalnya, saya sentiasa inginkan dana tersebut memberi pulangan 5% keatas (selepas tahun pertama). Jika masih berada di landasan, saya tidak akan membuat peralihan dana dan tunggu untuk tahun ketiga. Jika tidak memberangsangkan, saya akan membuat ‘redeem’ atau jual semula.

Tahun Ketiga- Perform: Di sini adalah lebih ‘tricky’. Secara asasnya, saya sudah buat duit melalui pelaburan ini. Fasa ini, saya akan ‘monitor’ supaya tidak jauh dari matlamat kewangan asal. Jika jatuh terlalu jauh, saya akan ‘lock-profit’ bermaksud jual. Jika dana ini masih memberi pulangan memberangsangkan, biasanya saya akan menetapkan 15 peratus sebagai angka tertinggi. Lepas itu saya akan ‘lock-profit’ bermaksud jual.

Bila saya kongsikan strategi saya ini, ada orang tanya kenapa 15 peratus, dah nak jual?

Ini hanya berdasarkan pengalaman saya;

Selepas mencecah angka 15 peratus, biasanya dana tersebut, akan menurun dari segi harga. (Kadangkala, melabur guna jiwa dan perasaan juga. Haha.) Jarang sekali, pelaburan yang saya buat akan jejak angka 16% – 20%. Oleh itu, angka 15% adalah angka keramat untuk saya menikmati keuntungan daripada pelaburan saya.

Kalau anda melabur menggunakan pengeluaran KWSP, anda boleh ‘lock profit’ dengan ‘redeem’ semula masuk ke Akaun KWSP 1. (Perlu faham, pelaburan menggunakan Akaun KWSP 1, tidak sampai 20 peratus pun daripada jumlah simpanan KWSP).

Kalau melabur, menggunakan Tunai, jual jer.

Apa-apa pun, setiap orang ada strategi pelaburan masing-masing.

 

Adib Yazid

Perancang Kewangan Bertauliah

Hubungi: 019 – 366 0319

 

Advertisement

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s