Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Jika ada pembaca yang meraikan sambutan Tahun Baru Cina, saya ucapkan Gong Xi Fa Cai. Semoga tahun ini sentiasa baik dan terus baik.
Hari ini saya ada temujanji dengan seorang pelanggan saya di Mid Vallley. Kebetulan dalam beg saya, ada Laporan Kewangan 2017 Amanah Hartanah Bumiputera. Wow! ASB pun belum habis khatam ini ada AHB pula!
Ini apa yang menarik untuk saya kongsikan dalam laporan ini:
- 34%-100% dlaburkan dalam pemilikan benefisial hartanah di Malaysia. Manakala 0%-66% dalam pasaran wang tunai atau mana-mana pasaran instrumen kewangan lain. Paling penting, ianya patuh Syariah.
- AHB ini beri dua kali pulangan setahun. Iaitu pada 31 Mac 2017, agihan 3.10 sen seunit. Kali kedua pada 30 September 2017, agihan 3.10 sen seunit. Secara jumlahnya, 6.20 sen seunit.
- Setakat sampai 30 September 2017, 3650 juta unit dilanggan oleh 1530 individu atau institusi.
- Kadar sewa di luar Kuala Lumpur mencatatkan penurunan.
- Kadar penghunian di Bandaraya Kuala Lumpur makin lemah, 80.70% berbanding 82.80% tahun sebelumnya. Permintaan lemah dalam sektor minyak dan gas serta perbankan, memberi impak negatif pada kadar penghunian. Kadar ini masih stabil di luar Kuala Lumpur dan Selangor.
- Bekalan ruang komersial semakin tinggi dengan wujudnya MyTown dan Melawati Mall. Pusat beli belah di Mid Valley dan KLCC, catat harga sewa tinggi daripada penyewa baru dan pembaharuan kontrak.
- Permintaan ruang pejabat dijangka mencabar. Salah satunya disebabkan penstrukturan semula penggabungan syarikat-syarikat besar.
- Permintaan meningkat di lokasi berhampiran LRT dan MRT.
- Hartanah Menara Prudential ditawarkan untuk dijual.
- Kadar sewa dan kadar penghunian ruang beli belah, dalam keadaan tertekan disebabkan impak e-runcit.
- Aset-aset pajakan yang dipegang oleh dana ini:
- Menara Prisma
- CP Tower
- Logistics Warehouse
- Wisma Consplant
- Paremba Square
- Block C, Paremba Square
- DEMC Specialist Hospital
- Jaya 33
- Menara BT
- Menara Sapura Kencana
- One Precint Pulang Pinang
- The Shore
- Nu Sentral
- Block B, Gleneagles Hospital
- Quill 18
- Empire Shopping Gallery (2017)
- Block H, Empire City (2017)
Adakah AHB ini sesuai untuk anda melabur?
(Apa-apa pun ini, adalah pembacaan saya secara ringkas. Untuk pengetahuan lebih jelas, boleh pergi ke AHB untuk dapatkan Laporan Tahun 2017 yang lengkap dan padat.)
Adib Yazid