Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Bagaimana anda melabur di Unit Amanah menggunakan duit KWSP Akaun 1?
Mula-mula anda akan mengenalpasti mana dana yang disenaraikan boleh untuk melabur menggunakan duit KWSP. Anda akan periksa samada dana itu memberi pulangan, prospek pelaburan, caj-caj dan Top Holding. Atau, periksa kedudukan dana itu di Bloomberg, MorningStar, Lipper Table atau Novagni.
Dana yang bagus, itulah tempat bakal dilaburkan.
Normalnya begini;
KWSP Akaun 1 ——-> Dana ABC, Company 001
Tiga bulan selepas itu, Dana ABC mengalami kemerosotan. Dana ini memberi pulangan yang tidak capai apa yang dimahukan. Kita impikan 7%, tapi dapat 4% je. Rasa kecewa.
Tetapi anda dimomokkan bahawa, melabur perlulah konsisten dan ini adalah pelan jangka panjang. Sekali lagi, anda memberi cop jari untuk melabur di Unit Amanah. Kali ini anda memilih dana lain, dana yang sedang dikatakan hebat.
KWSP Akaun 1 ——-> Dana XYZ, Company 090
Selepas 3 bulan, rupanya dana ini pun sama. Tidak memberangsangkan. Rasa kecewa bertambah dua kali ganda. Datang ejen lain, daripada syarikat Company 073, menawarkan dana DEF. Anda turutkan hati, cop jari dan melabur di syarikat baru.
KWSP Akaun 1 ——-> Dana DEF, Company 073
Ikutkan, anda sudah melabur di tiga dana.
- Dana ABC, Company 001
- Dana XYZ, Company 090
- Dana DEF, Company 073
Bila nak untung, anda terpaksa kena pergi branch untuk buat proses ‘redeem’. Kalau tak ‘redeem’, hanyutlah keuntungan yang sudah dicapai tadi. Malah, proses ini leceh. Kena tengok setiap satu dana pelaburan. Setiap syarikat pula, kena ada akaun masing-masing nak tengok atau kena minta penyata.
Sebenarnya ada satu tempat pelaburan, dimana anda boleh keluarkan sebahagian duit KWSP Akaun 1, dan boleh melabur di dana-dana pelbagai yang berpotensi, hanya dengan sekali pengeluaran tanpa menunggu setiap 3 bulan. Malah, boleh buat urusan ‘monitor’ dengan hanya satu ‘platform’ sahaja.
Bagaimana?
PMART – UT. Nama panjang, Phillip Managed Account for Retirement.
Apa kelebihan PMART-UT berbanding Unit Amanah yang biasa orang buat?
- Boleh masuk pelbagai pelaburan Unit Amanah dengan hanya satu pengeluaran. ‘Multiple Fund with Single Withdrawal’.
- Hanya untuk individu yang Agressive & Moderate, pada profil risiko pelaburan masing-masing.
- Melakukan ‘review’ berkala setiap 3 bulan sekali, untuk melakukan Portfolio Balancing atau Rebalancing, dimana tidak dilakukan secara sendiri, tapi dikendalikan oleh Pengurus Dana.
- Tidak mengamalkan prinsip pelaburan yang pasif, Buy & Hold
- Tidak mengenakan caj tambahan apabila melakukan pemindahan dana
Dana yang dipilih mengikut kriteria tertentu:
- Dana bersaiz 25 Juta ke atas.
- Dana yang mempunyai kelas aset yang sama.
- Dana yang mempunyai rekod cemerlang selama tiga tahun.
Siapa yang boleh melabur di PMART-UT?
Sesiapa yang mempunyai baki akaun di Akaun KWSP 1, di mana boleh membuat pengeluaran RM5,000.
Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi:
Adib Yazid (019 – 366 0319)